Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Konsert PinkFish: Polis Rakam Keterangan 43 Individu Termasuk Penganjur

Polis rakam keterangan penganjur Konsert PinkFish berhubung kejadian yang mengorbankan empat nyawa dan mencederakan tiga pengunjung lain pada malam tahun baharu, 31 Disember lalu.

Polis rakam keterangan

Foto: Astro Awani

Menurut laporan Harian Metro, setakat ini, seramai 43 individu telah memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kematian yang disyaki berpunca daripada pengambilan dadah jenis pil ekstasi semasa konsert tersebut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan penganjur konsert telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada Isnin.

“Kita tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa lagi saksi lain yang dapat membantu siasatan dalam masa terdekat,” katanya.

Artikel lain: Konsert Pinkfish: Polis Percaya Terdapat Kegiatan Jualan Bahan Terlarang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menjelaskan saksi-saksi terdiri daripada ahli keluarga dan rakan mangsa, kakitangan taman tema, pegawai perubatan yang memberikan rawatan serta pegawai dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur.

Pihak polis masih menunggu laporan toksikologi berkaitan empat mangsa yang maut dalam kejadian tersebut.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan bahawa hasil bedah siasat terhadap empat mangsa yang meninggal dunia serta pemeriksaan ke atas tiga mangsa yang cedera dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah.

Kesemua mangsa yang hadir ke konsert tersebut secara berasingan dan tidak mengenali antara satu sama lain berkemungkinan membeli dadah ketika berada di konsert berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Safeek Affendy Razali)

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Dunia

Tiga penjenayah warga Malaysia yang diklasifikasikan sebagai antara paling dikehendaki polis, ditahan ketat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj (CSMIA) selepas mencetuskan kekecohan...

Sukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain Harimau...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd