Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KK Super Mart Dibaling Bom Petrol, PAS & PKR Akui Terkilan

Tindakan seorang lelaki yang telah membaling botol kaca dipercayai mengandungi minyak tanah di kedai serbaneka KK Mart di Bidor, Tanjung Malim pada Selasa telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Walaupun begitu, serangan tersebut tidak mengakibatkan kebakaran di kedai itu namun dikhuatiri menjadi permulaan kepada keresahan awam yang tidak dapat dikawal susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di cawangan kedai berkenaan.

Foto: FB Fadhli Shaari

Ketua Penerangan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS), Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan kejadian membaling bom petrol ke premis berkenaan sebagai satu perbuatan yang tidak boleh diterima akal dan wajar dikecam dan tidak boleh dibiarkan untuk perbuatan seperti itu menjadi norma dalam masyarakat atas apa jua alasan sekali pun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Undang-undang dan keadilan tidak boleh terlaksana melalui tangan sendiri secara individu kerana kita mempunyai kerajaan dan pihak penguat kuasa undang-undang yang diberikan hak di dalam perlembagaan.
“Saya rakamkan takziah dan simpati kepada pihak yang menjadi mangsa dalam insiden balingan bom petrol ini.
“Pada masa yang sama, menuding jari kepada mana-mana pihak juga merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan media di Facebook, semalam.

Foto: Free Malaysia Today

Sementara itu, menurut Malaysiakini,  Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata semua pihak bertanggungjawab dalam mengekalkan keharmonian di Malaysia yang berbilang kaum ini.

Tambahnya lagi, sikap berlebihan dalam menangani isu ini mampu mempengaruhi individu-individu tertentu untuk bertindak ekstrem seperti insiden melontar bom petrol ke kedai KK Mart.

“Islam pada asasnya menjunjung keadilan yang dijalin dengan belas kasihan, Islam yang penuh hikmah dan kasih sayang menekankan ketinggian akhlak dan adab umatnya dan melarang kita bersikap melampau atau bertindak di luar lunas undang-undang seperti mengancam nyawa, menyebabkan kecederaan atau merosakkan harta benda.
“Kita seharusnya mengekalkan belas kasihan dan empati, bukannya menaikkan kemarahan atau kecaman sesama sendiri,” ujar Nazmi.

Pada bulan yang Ramadan yang mulia ini, sia adalah masa yang sesuai untuk umat Islam menunjukkan contoh yang baik dalam menangani isu ini, sikap dan tindakan yang berlebih-lebihan sehingga menyebabkan kekacauan dan ancaman terhadap keharmonian masyarakat atas alasan apa sekalipun adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan sentiasa merugikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, KK Mart menjadi tumpuan kontroversi selepas stoking yang tertera kalimah Allah ditemui di tiga cawangannya, namun premis tersebut dan bekas pembekalnya telah memohon maaf atas perkara itu dan mendakwa mereka terlepas pandang.

Sumber: Malaysiakini, FB Fadhli Shaari

+ posts

Avatar
Written By Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu video memaparkan seorang lelaki warga asing dari Bangladesh yang selamba jual burger Ramly di tepi jalan sehingga menyebabkan netizen Malaysia berang. Menerusi...

Dunia

Setelah hampir enam bulan mendiamkan diri, pasangan pengantin kini terbuka untuk menceritakan bagaimana kebakaran boleh berlaku sewaktu majlis perkahwinan mereka sehingga mengorbankan lebih 100...

Filem

Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, The Experts bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara, terbitan oleh penerbit...

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd