Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kim Ryeowook SUPER JUNIOR Mahu Akhiri Zaman Bujang, Umum Bakal Kahwini Kekasih Hati

Ahli Super Junior, Kim Ryeowook baru sahaja mengumumkan bakal berkahwin dengan teman wanita, Ari yang merupakan bekas ahli kumpulan TAHITI, hari ini menerusi surat tulisan tangan yang didedikasikan untuk peminatnya.

Ryeowook berkata, berita yang ingin dia sampaikan secara peribadi kepada peminatnya, E.L.F yang sentiasa menghiburkan dia dengan kasih sayang sepenuh hati.

“Saya pertama kali bertemu dengan E.L.Fs pada 6 November 2005, sewaktu usia 19 tahun, dan kini saya berada di tahun ke-20 dalam kerjaya saya,  pada usia 38 tahun.
“Saya percaya bahawa persahabatan kita menjadi lebih kuat dan lebih kukuh kerana kita menghabiskan masa gembira dan sedih bersama-sama,  itulah sebabnya saya ingin memberitahu anda berita ini terlebih dahulu, tetapi pada masa yang sama, saya berasa gementar,” tulisnya menerusi surat tersebut.

Penyanyi lagu Sorry Sorry itu bagaimanapun memberitahu bahawa kini dia sedang menghabiskan masa dengan seseorang, dan secara semula jadi mula merasakan bahawa ingin membentuk sebuah keluarga.

Foto: Soompi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, ia sama sekali bukan keputusan yang tiba-tiba, dan selepas banyak berfikir dan berbincang dengan syarikat dan ahli kumpulan, Ryeowook telah memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada musim bunga ini, pada akhir Mei.

“Saya sentiasa berterima kasih kepada E.L.F yang menyokong saya walaupun atas kekurangan dan ketidaksempurnaan saya, akan tetapi saya berasa menyesal apabila memikirkan bagaimana sesetengah daripada anda mungkin terkejut dengan berita ini.
“Namun, itu tidak akan mengubah apa-apa kerana saya masih Ryeowook Super Junior yang bernyanyi untuk semua orang yang ingin mendengar nyanyian saya, di atas pentas bersama ahli saya yang lain,” tulisnya lagi.

Walau bagaimanapun, Ryeowook turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulannya serta kakitangan SM Entertainment kerana sentiada menyokong dalam setiap keputusan yang diambilnya.

Ryeowook turut meninggalkan pesanan kepada peminatnya supaya berhati-hati agar tidak kesejukan memandangkan negara Korea Selatan sedang mengalami musim sejuk.

Sumber: Twitter @ryeongkkuru

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Sosial

Dua beradik yang sebelum ini mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja di Terengganu, menerima ‘balasan’ penuh bermakna apabila dihadiahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd