Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Tikam Nenek: “Abang Alami Gangguan, Kadang Cakap Seorang Diri” – Adik Suspek

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendedahkan abangnya yang ditahan polis disyaki mengalami gangguan mental dan sering berhalusinasi sejak berusia 18 tahun, namun sebelum ini tidak pernah mengganggu sesiapa.

Pujuk ibu balik kampung sebelum kejadian tikam nenek

Menurut laporan Harian Metro, remaja itu merupakan adik kepada suspek lelaki yang dipercayai menikan nenek mereka berusia 65 tahun sehingga meninggal dunia, manakala moyang mereka berusia 80 tahun cedera parah selepas ditetak di leher dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil pada Selasa.

tikam nenek

Foto: Harian Metro

Menurutnya, abangnay sering bercakap seorang diri dan berada dalam keadaan tidak stabil, namun tidak menunjukkan sikap agresif sebelum ini.

“Selepas kejadian, abang sendiri minta ahli keluarga buat laporan polis dan beritahu supaya datang tengok keadaan tok, sama ada pengsan atau tidak,” katanya.

Artikel lain: Angkara Cemburu? Lelaki Dituduh Tikam Isteri Ketiga Hingga Maut

Katanya lagi, ketika kejadian berlaku, hanya nenek, moyang dan ibu saudara mereka berusia 28 tahun berada di rumah bersama suspek, manakala bapa saudara yang tinggal di situ tiada di rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Remaja itu berkata dia hanya mengetahui kejadian menyayat hati itu selepas menerima panggilan ibu saudaranya sekitar jam 6.44 petang.

“Saya terkejut bila dimaklumkan apa yang berlaku. Waktu itu saya temankan emak balik ke Penaga, Pulau Pinang kerana kami tinggal di sana,” ujarnya.
tikam nenek

Foto: Kosmo!

Menurutnya, dia dan abangnya sering bermalam di rumah nenek mereka, namun abangnya sudah lama tidak pulang ke kampung sebelum tiba-tiba mendesak supaya ibu mereka dibawa pulang ke rumah tersebut.

“Abang ajak mak balik walaupun mak kata tak ada duit. Dia tetap berkeras dan kata kami ada duit. Dia juga pesan kalau mak tak balik, mak akan menyesal,” jelasnya.

Tambahnya, ibunya akhirnya membawa suspek pulang namun dia tidak berada di rumah ketikaa kejadian kerana menemani ibunya pulang ke Pulau Pinang atas faktor keselamatan.

Katanya, abangnya tidak bekerja kerana keadaan kesihatan mentalkan dan dia tidak menyangka desakan untuk pulang ke kampung berakhir dengan tragedi.

tikam nenek

Foto: Astro Awani

“Abang anak sulung, saya anak kedua dan kami adik-beradik bongsu. Kami langsung tak sangka perkara ini akan berlaku,” ungkapnya.

Menurut remaja itu lagi, selepas tikam nenek suspek memaklumkan nenek mereka tidak sedarkan diri dan segera meminta ahli keluarga membuat laporan polis.

Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd