Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 5 Sekeluarga Ditahan Bawah SOSMA

Lima sekeluarga ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) rentetan kes serangan balai polis Ulu Tiram, 17 Mei lalu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan bahawa kelima-lima suspek berusia antara 19 hingga 62 tahun ditamatkan tempoh reman pada hari ini.

Foto: Utusan Malaysia

Dalam pada itu, Razarudin berkata, siasatan berkait Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api akan terus dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) manakala, Cawangan Khas Bukit Aman bakal jalankan siasatan di bawah SOSMA.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jadi siasatan bersekali, tiada masalah,” katanya dalam sidang akhbar pada hari ini.

Tambahnya lagi, menurut siasatan awal, bapa kepada suspek disyaki salah seorang ahli Jemaah Islamiyah (JI) memandangkan pihak polis memiliki data dan rekodnya.

“Apabila kita panggil saksi antaranya jiran, kita dapati keluarga itu terasing, tidak campur dengan orang malah ada yang tidak bersekolah.
“Anak yang ditembak mati (suspek) sekolah sampai darjah empat, abang dia sahaja sampai tingkatan lima, seorang lagi kakak sampai darjah enam,” ujarnya.

Jelasnya, meskipun pihaknya mempunyai rekod bapa kepada suspek, namun setelah mendapatkan 47 orang saksi, mereka mendapati suspek yang ditembak mati itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan JI.

Foto: Kosmo! Online

“Saya kena cakap benda yang betul, tapi orang spin (pusing),” jelasnya lagi.

Sebelum ini, terdapat media yang melaporkan bahawa tujuh individu termasuk lima ahli keluarga suspek telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Walaupun begitu, dua orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terkait dengan kes serangan terbabit telah dibebaskan tanpa sebarang syarat pada Rabu lalu.

Sumber: Utusan Malaysia (Nur Aina Hanis Abd Halim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Sosial

Dua beradik yang sebelum ini mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja di Terengganu, menerima ‘balasan’ penuh bermakna apabila dihadiahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd