Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Serang Cikgu Chandra: Seorang Suspek Alami Lebam, Peguam Tuntut Penjelasan

Seorang peguam menggesa polis menjalankan siasatan berhubung keadaan anak guamnya yang dilihat mengalami kecederaan selepas berada semalaman dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, lapor Malaysiakini.

S. Vinesh berkata, anak guamnya yang merupakan seorang pengusaha trak tunda berusia 40 tahun berada dalam keadaan sihat ketika ditahan pada Sabtu lalu bagi membantu siasatan kes serangan dan khianat api yang menyasarkan pempengaruh media sosial, Cikgu Chandra.

Namun, lelaki itu didapati mengalami beberapa lebam pada anggota badan serta kelihatan sangat lemah dan tidak bermaya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada keesokan harinya, Ahad bagi prosiding permohonan reman.

“Soalan saya sebagai peguamnya hanya satu: Macam mana anak guam saya yang sihat pada hari pertama ditangkap dan dibawa ke mahkamah.
“Hari kedua dibawa untuk sambung reman, tak boleh jalan dengan betul, kaki tangan bengkak, kepala bengkak, tidak boleh bernafas. Apa yang telah berlaku dalam jangka masa satu hari tersebut.
“Pihak kami bukan nak salahkan PDRM, tapi kami nak tahu apa berlaku pada dia. Kami mahu polis menyiasat siapa yang mungkin menyebabkan perkara ini, dan mengapa dia tidak segera dibawa ke hospital?,” katanya kepada Malaysiakini.

Vinesh berkata, anak guamnya ditahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api bagi membantu siasatan kes serangan rumah Cikgu Chandra.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

Menurutnya, pada peringkat awal polis memperoleh perintah reman selama dua hari terhadap lelaki berkenaan.

Katanya, pihak berkuasa kemudian membawa lelaki itu ke mahkamah pada Ahad bagi memohon pelanjutan tempoh reman. B

Bagaimanapun, permohonan tersebut ditolak oleh majistret yang sebaliknya mengarahkan agar lelaki itu dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu, Vinesh mendakwa polis kemudiannya menahan semula anak guamnya bagi membantu siasatan berasingan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang menyebabkan kerosakan harta benda, yang turut dikaitkan dengan serangan terhadap pempengaruh sama.

Sementara itu, isteri suspek turut membuat laporan polis semalam berhubung keadaan suaminya dan merayu agar lelaki itu dibenarkan mendapatkan rawatan perubatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, suaminya dipercayai mempunyai beberapa masalah kesihatan termasuk darah tinggi, gastrik serta kadangkala mengalami kesukaran bernafas.

Saya tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku kepada suami saya ketika berada dalam tahanan.
Saya berharap perkara ini akan diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa yang berkenaan dan sekiranya apa-apa berlaku kepada beliau, PDRM harus bertanggungjawab,” ujarnya.

Sumber: Malaysiakini (Hariz Mohd & Alyaa Alhadjri)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd