Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Nuraina Humaira: Suspek Saudara Dekat Mangsa Direman Tujuh Hari

Seorang remaja lelaki dipercayai suspek kes bunuh kanak-kanak perempuan Orang Asli, Allahyarhamah Nuraina Humaira Rosli di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput direman tujuh hari.

Menurut laporan Berita Harian, suspek berusia 17 tahun itu direman bermula hari ini hingga 25 Ogos depan selepas Majistret Nurul Asyifa Redzuan membenarkan permohonan yang dibuat pihak polis terhadap remaja berkenaan.

Foto: Berita Harian

Mengikut laporan, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengenai kes bunuh kanak-kanak berusia 10 tahun terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek yang juga saudara terdekat mangsa tiba di Mahkamah Majistret Sungai Siput, di sini, jam 8.30 pagi tadi dengan berpakaian baju-T biru gelap dan seluar sukan gelap sebelum dibawa keluar 15 minit kemudian,” katanya.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat dan operasi pencarian digerakkan bagi mengesan kanak-kanak tersebut.

Foto: majalahpama.my

Mayat mangsa telah ditemukan di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah pada petang Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin memaklumkan hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: beautifulnara

“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, ada kemungkinan kanak-kanak ini yang mempunyai masalah pendengaran dan lembam telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di kawasan mangsa ditemui,” ujarnya.

Laporan hospital juga menunjukkan terdapat kecederaan di bahagian leher mangsa yang dipercayai akibat tekanan.

Sumber: Berita Harian (Muhamad Lokman Khairi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd