Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kes Buli UPNM: Tambah CCTV, ‘Roll Call’ Lebih Kerap – Khaled

‘Roll call’ atau pemeriksaan nama akan dilakukan secara lebih kerap dan kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang lebih banyak bagi mengawal isu buli di Akademi Latihan Kententeraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan langkah tegas untuk menangani insiden buli di UPNM agar dihentikan.

“Sewaktu berada di ALK, kadet yang juga pelajar UPNM tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat akan bergaul dan tinggal di kediaman sama.
“Biasanya di sini (ALK) berlaku insiden tidak diingini (buli) kerana tiga hingga empat tahun mereka bersama, kerana mereka tahu siapa senior dan junior.
“Oleh itu, kita akan kerap buat ‘roll call’ selain pasang kamera litar tertutup (CCTV) lebih banyak di ALK,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Pemindahan Ilmu Lestari, Pengukuhan Ekonomi dan Pemerkasaan Ilmu Penduduk di Felda Asing Timur, Kota Tinggi pada Ahad.

Pengumuman itu dibuat susulan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk menghentikan budaya penderaan di UPNM secara serta-merta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 27 November lalu, Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah mengambil tindakan dengan menamatkan pengajian lima pegawai kadet yang terlibat dalam tiga kes buli.

Pegawai kadet yang terlibat dalam kes tersebut dikenakan denda dengan membayar pampasan kepada kerajaan berdasarkan perbelanjaan pengajian mereka.

Antara kes yang dilaporkan termasuk satu insiden di mana Pegawai Kadet Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan didakwa menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.

Satu kes lain berlaku pada 21 Oktober melibatkan pelajar tahun pertama yang mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh penuntut senior dan didedahkan pada 10 November lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes paling tragis adalah kematian kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain yang mempunyai 90 tekapan seterika wap di seluruh anggota badan termasuk kemaluan.

Sumber: Berita Harian (Mohamed Farid Noh)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd