Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Buli UPNM: Agong Mahu MINDEF Beri Perhatian Serius

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengarahkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengambil perhatian serius berhubung kes buli berulang kali berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional (UPNM).

Memetik laporan Buletin TV3, baginda bertitah agar budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan pelajar, malah mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi.

Foto: Berita Harian

Sultan Ibrahim bertitah bahawa latihan keras dalam pasukan tentera itu perkara biasa bagi membina kekuatan mental dan jiwa, namun tidak bermakna ke tahap membuli individu lain sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau meragut nyawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kes buli di ALK UPNM bukan pertama kali dilaporkan berlaku, malah sebelum ini sudah terjadi beberapa kali sehingga meragut nyawa. Ini tindakan tidak berperikemanusiaan.
“Saya mahu Kementerian Pertahanan mengambil serius perkara ini kerana kes buli sudah beberapa kali berlaku di ALK UPNM,” titah baginda selepas menerima menghadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Istana Negara hari ini.

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan telah menerima laporan penuntut tahun satu UPNM di Kem Sungai Besi mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang dipercayai dipijak penuntut senior.

Kejadian itu berlaku pada 21 Oktober lalu, sehari selepas seorang penuntut UPNM melecur di badan akibat ditekap seterika oleh senior.

Minggu lalu juga, pegawai kadet senior ALK UPNM Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan penuntut junior menggunakan seterika.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd