Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kereta Terbabas Rempuh Gerai, Tiga Kritikal & Enam Lagi Cedera

Sebuah kereta terbabas sebelum merempuh gerai nasi lemak yang mengakibatkan tiga individu kritikal dan enam lagi cedera dalam satu kejadian di Jalan Hospital dekat Taman Suria Jitra, Alor Setar jam 8.25 pagi tadi.

Menurut laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian tersebut turut membabitkan tiga buah kenderaan lain dan enam motosikal yang berada berhampiran gerai berkenaan.
Foto: Media sosial
“Sembilan individu cedera dengan tiga daripada mereka kritikal termasuk pasangan suami isteri yang menjual nasi lemak di gerai itu.
“Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: Media sosial

Rodzi berkata, pihaknya masih melakukan siasatan lanjut selain mengambil keterangan beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian.

“Pemandu kereta berkenaan juga didapati tiada lesen memandu dan cukai jalan serta insurans kenderaan itu juga telah tamat tempoh,” ujarnya.

Foto: Media sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.56 pagi.
Abdul Rahim berkata, sebuah jentera serta van perkhidmatan penyelamat perubatan kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra dikerah ke lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Lokal

Polis sedang mengesan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel dari sebuah lubang utiliti di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat...

Lokal

Pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat dan kini berada di rumah Tok...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd