Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Salurkan Bantuan E-Wallet RM100 Disember Ini

Bagi menunaikan janji, kerajaan akan menyampaikan bantuan e-wallet RM100 pada Disember ini kepada rakyat yang layak.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata demikian ketika ditemui Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Foto: Utusan Malaysia

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya.

Sim berkata, inisiatif itu bukan sahaja akan meringankan beban isi rumah penerima namun turut memberi impak kepada pasaran tempatan terutama kepada peniaga kecil dan penjaja.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan e-wallet RM100 ini akan dikreditkan kepada rakyat berumur 21 tahun dan keatas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Utusan Malaysia

Anwar mengumumkan itu pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu dan ia merupakan inisiatif terbaru kerajaan bagi membantu golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Tambah Sim, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diumumkan dalam Belanjawan 2024 akan memberi manfaat kepada 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Artikel lain: Belanjawan 2024: MOF Laksana Dasar Fiskal, Inisiatif Kurangkan Kemiskinan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, mana-mana penerima yang layak akan menerima sumbangan berjumlah RM100 untuk tempoh 12 bulan.

“Sebagai contoh, harga ayam dan daging diapungkan, maksudnya semua kena beli pada harga pasaran tetapi untuk orang yang memerlukan, kerajaan ada banyak inisiatif.
“Antaranya ialah STR yang mana ia meningkat dari RM8 bilion kepada RM10 bilion dan juga program SARA yang mana kerajaan beri RM100 selama setahun kepada keluarga di bawah STR setiap bulan,” ujarnya.

Selain daripada itu, kerajaan juga akan memberikan bantuan wang tunai secara langsung yang mana diberi terus kepada golongan sasaran.

“Justeru, mereka dapat menggunakan duit itu untuk membeli barang keperluan. Inilah apa yang kita panggil sebagai pemindahan tunai secara terus,” katanya.

Foto: Sinar Harian

Ketika ditanya jika terdapat sebarang kebimbangan wang tersebut tidak digunakan untuk keperluan, Sim berkata kerajaan perlu ada keyakinan terhadap mereka yang kurang mampu.

“Jangan sangka orang yang kurang mampu akan beli rokok dan saya tidak kata ia tidak berlaku tetapi kena ada fleksibiliti.
“Kadang-kala kita (kerajaan) tetapkan peraturan yang ketat, ia menyukarkan penerima kerana ada antara mereka mempunyai keperluan dan kepentingan lain,” jelasnya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd