Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Elak Muamalat Riba, Mufti WP Cadang Pekerja Islam Di Bank Konvensional Cari Pekerjaan Halal Lain

Mufti Wilayah Persekutuan (WP) Datuk Dr Luqman Abdullah cadang para pekerja Islam di bank konvensional agar berusaha sehabis baik untuk cari pekerjaan halal yang lain.

Menerusi satu kenyataan di laman web rasmi, beliau berkata bank konvensional melibatkan muamalat riba maka ia haram untuk menjalankan proses atau transaksi bagi bank itu.

Foto: Berita Harian

“Kita tahu bank konvensional merupakan salah satu institusi kewangan yang wujud di Malaysia sebelum adanya bank Islamik.
“Kedua-duanya daripada industri yang sama namun pada hakikatnya, ia berbeza daripada sudut pengurusan, penghasilan dan sebagainya.
“Perbezaannya, perbankan Islam diperoleh daripada transaksi yang dibenarkan oleh syarak, manakala faedah dalam perbankan konvensional pula diperoleh secara langsung daripada kontrak pinjaman.
“Ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana membawa kepada riba,” katanya pada Isnin.

Artikel lain: Langkah Dubai Tidak Akan Berjaya, 150 MP Sokong Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, terdapat dua golongan yang bekerja di bank konvensional iaitu golongan bekerja secara langsung dengan transaksi riba dan golongan bekerja tetapi tidak terkait dengan transaksi riba.

Mufti cadang pekerja bank konvensional cari pekerjaan halal lain

Foto hiasan

Bagi golongan pertama yang bekerja secara langsung dengan transaksi riba seperti teller, pegawai pemasaran, penganalisis kredit, account officer, bahagian admin kredit, akauntan dan seumpanya, hukumnya adalah haram.

Sementara itu, golongan kedua yang tidak bekerja secara langsung dengan transaksi riba seperti pegawai keselamatan, cleaner dan selainnya, hukumnya adalah harus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan urusan riba, Dr Luqman  menasihati mereka yang bekerja di bank konvensional untuk mencari pekerjaan halal lain.

Sumber: Laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd