Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kemenangan Che Alias Di Kerusi Parlimen Kemaman (PAS) Dibatalkan

Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid yang mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini.

Memetik laporan BERNAMA, Hakim Anselm Charles Fernandis berkata, pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil dapat membuktikan perbuatan rasuah semasa tempoh berkempen PRU15.

Antaranya dakwaan dikemukakan ialah terdapat sogokan di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui agihan dana Bantuan i-Belia dan i-Siswa untuk mempengaruhi pengundi.

Mahkamah telah memerintahkan pihak responden membayar RM30,000 kepada pempetisyen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

“Saya mendapati rasuah dilakukan atas pengetahuan responden. Saya mengisytiharkan keputusan pilihan raya umum Kemaman yang diadakan pada 19 November (tahun lepas) adalah terbatal.. Wang yang diberi adalah untuk mendorong undi.
“(Jika ini inisiatif kerajaan ini) Saya menganggap selepas pilihan raya ia masih boleh berlaku, tetapi ia dibuat beberapa hari sebelum pilihan raya umum. Semua ahli politik harus tahu kesannya.
“Tidak dinafikan kerajaan negeri masih wujud pada masa itu (kerana PRU dan Pilihan Raya Negeri diadakan secara berasingan) tetapi itu tidak bermakna program seperti itu (agihan dana) perlu diadakan begitu hampir dengan tarikh PRU,” katanya.

Sementara itu, peguam mewakili pempetisyen Datuk Hafarizam Harun berkata, hakim telah memanggil peguam utama kedua-dua belah pihak ke dalam bilik dan memaklumkan bahawa beliau tidak akan memberi apa-apa penangguhan sehingga 3 Oktober ini.

“Hakim akan melewatkan pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewatnya 3 Oktotber ini tentang keputusan beliau pada hari ini.
“Jika sehingga 3 Oktober tiada permohonan untuk tangguh keputusan atau tiada rayuan (terhadap keputusan mahkamah hari ini), hakim akan maklum keputusan hari ini kepada SPR pada 3 Oktober ini,” katanya.

Untuk rekod,  Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas memperoleh 65,714 undi dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Said dengan majoriti 24,179 undi.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) mengecam gelombang kebencian terbaru yang disasarkan terhadap pelarian Rohingya di Malaysia susulan satu petisyen di platform Change.org yang didakwa mengandungi...

Sosial

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung satu video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki mendakwa berasal dari Myanmar dan mengakui...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan kehadiran anggotanya di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin di sini adalah semata-mata bagi tujuan kawalan...

Lokal

Hospital Segamat memerlukan tambahan 49 Pegawai Perubatan (MO) bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan di fasiliti berkenaan dapat beroperasi pada tahap lebih ideal dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd