Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kembali Jadi Fatah! Lucinta Luna Tampil Lebih Maskulin Ziarah Pusara Ibu Ayah

Pempengaruh kontroversi Indonesia, Lucinta Luna atau Muhammad Fatah dilihat muncul dengan penampilan berbeza apabila dilihat kembali ke fitrah asalnya sebagai seorang lelaki.

kembali ke fitrah asal

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Lucinta Luna atau Fatah telah menziarahi pusara ibu bapanya di kampung halaman dengan berbaju kemeja dan memakai songkok.

Kini mengaku Muhammad Fatah

Di ruangan kapsyen, dia memohon maaf jika lewat ke pusara insan tersayang susulan baru pulang dari Korea Selatan.

Namun, dia berharap agar allahyarham orang tuanya bangga dengan perubahan yang ditunjukkan apabila kembali menjadi lelaki selepas memotong pendek rambut panjangnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Maafkan Fatah ya datang ke pusara agak lewat. Abah dan Emak pasti bangga kedatangan anakmu berpenampilan Muhammad Fatah yang sesungguhnya.
“Fatah nak cerita ke Emak dan Abah, kelmarin Fatah di Korea tenang dan damai sangat apabila boleh menunaikan solat sunat Aidilfitiri buat pertama kali di masjid di sana,” tulisnya.

Dalam pada yang sama dia menyatakan dirinya tidak pernah lupa untuk mendoakan ibu dan bapa serta berharap segala kesalahan yang dilakukan dimaafkan.

Terdahulu, penampilan Lucinta Luna yang lebih maskulin sewaktu menunaikan solat sunat Aidilfitri di sebuah Masjid di Korea Selatan telah mengejutkan ramai.

‘Wajah’ baharu pempengaruh Indonesia tersebut telah menjadi sorotan dan ramai yang mendoakan agar dia istiqomah berhijrah menjadi lebih baik serta kembali kepada fitrah asal sebagai seorang lelaki.

Sumber: Instagram lucintaluna_manjalita

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd