Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk, Keluarga Penuhi Hasrat Arwah Darna Derma Kornea Mata

Keluarga Penuhi Hasrat Arwah

“Sebagai memenuhi hasrat arwah, kami sekeluarga sepakat mengizinkan pihak hospital melakukan pembedahan bagi prosedur pendermaan kornea mata kakak,” kata Sanni Tajudin, 34, adik kepada Darna, 41, yang meninggal dunia selepas dirempuh pemandu mabuk.

Darna menghembuskan nafas terakhir pada 8.37 pagi hari ini selepas tujuh hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tawau.

Menurut Sanni, arwah sebelum ini pernah menyuarakan keinginan untuk menjadi penderma organ, selepas mengetahui Sanni sendiri berikrar bagi tujuan sama.

“Cuma arwah belum sempat daftar. Saya selalu cakap, tunggu kalau ada kempen pendermaan organ nanti daftarlah.
“Tak sangka akhirnya hasrat itu jadi kenyataan walaupun dia sudah tiada. Selain itu, arwah juga seorang penderma darah tegar, sangat suka membantu orang lain,” katanya ketika ditemui di Hospital Tawau.

Keluarga Penuhi Hasrat Arwah Darna Derma Kornea Mata

Sanni turut berharap pihak polis meneruskan siasatan dan membawa pemandu pikap yang merempuh arwah ke muka pengadilan agar menerima hukuman setimpal.

Rakan karib Darna, Suarni Sudirman, 36, berkata mereka merancang aktiviti joging bersama beberapa rakan kira-kira dua minggu sebelum kemalangan pada 10 Ogos lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Arwah juga pernah tanya, ‘kalau dia meninggal dunia, adakah orang akan datang ziarah?’ Saya tegur jangan cakap sembarangan, tapi dia terus sebut, ‘mungkin dia akan pergi ketika berlari sebab itu minatnya’.
“Dia juga kata ‘tentu dia yang akan jalan dulu’. Saya tidak sangka kata-kata itu jadi kenyataan,” luahnya hiba.

Artikel lain: Ulama Yemen Ziarahi Pusara Zara Qairina, Titip Doa Buat Arwah

Suarni, bekas jururawat, berkata sebelum kejadian, arwah sempat berpesan supaya mereka memakai baju warna putih dan merakam gambar serta video sekerap mungkin sebagai kenangan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Kelab Pelari Tawau (Tawau Runners), Sudirman Nanang, menyifatkan arwah sebagai seorang yang periang, aktif dalam acara larian dan sentiasa menyokong setiap program kelab.

“Semalam kami sempat mengadakan Jualan Amal dan berjaya mengutip RM9,335 bagi membantu meringankan beban keluarganya, namun tidak sangka pagi ini kami menerima khabar duka bahawa arwah sudah pergi selamanya,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Abdul Rahemang Taiming)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang banduan yang dijangka dibebaskan bulan depan terpaksa menyambung hukuman penjara selepas dijatuhi hukuman tambahan oleh Mahkamah Sesyen di Parit Raja, hari ini, kerana...

Lokal

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd