Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Belum Rancang Ambil Tindakan

Ahli keluarga mangsa yang dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada Selasa itu iaitu Allahyarham Md Rizal Atan masih belum merancang untuk ambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Memetik laporan Kosmo!, adik kepada mangsa, Shahrizan Atan berkata keluarganya masih memerlukan masa untuk bertenang kerana masih terkejut dengan pemergian Allahyarham.

Foto: Kosmo! Online

Kata Shahrizan, sebarang keputusan mengenai tindakan seterusnya akan dibuat oleh waris Allahyarham iaitu balu kepada abangnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Buat masa ini, kami ingin selesaikan satu-satu urusan dahulu. Kemudian baru kami akan berbincang dengan ahli keluarga untuk tentukan sama ada hendak ambil tindakan atau tidak.
“Saya hanya ikut cakap waris (isteri Allahyarham). Jika dia hendak ambil tindakan, kami akan ambil. Jika dia reda, kami terima,” katanya.

Artikel lain: Polis Giatkan Usaha, Cuba Kenal Pasti Siapa Muhammad Imran Suresh – KPN

Tambah Shahrizan, buat masa sekarang hanya pihak majikan sahaja yang telah menghubungi keluarganya untuk mengucapkan takziah.

Keluarga mangsa pokok tumbang belum rancang ambil tindakan

Foto: Kosmo! Online

“Kami sekeluarga sudah membuat laporan polis. Majikan pun sudah berhubung dengan isteri arwah.
“Namun pada masa sekarang, saya tidak pasti sama ada keluarga telah menerima sebarang sumbangan daripada majikan Allahyarham,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahrizan juga berkata dia dan keluarganya masih berasa ralat dan kecewa terhadap tragedi yang menimpa Allahyarham itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya kecewa, saya lihat pokok yang tumbang semalam sangat uzur dan sepatutnya diselenggara, bukannya tunggu perkara yang sebegini barulah hendak ambil tindakan.
“Disebabkan tragedi ini, saya kehilangan abang saya sekelip mata,” luahnya.

Terdahulu, sebuah pokok besar di Jalan Sultan Ismail telah tumbang dan menjejaskan laluan semua jenis kenderaan termasuk monorel antara stesen KL Sentral ke Medan Tuanku pada Selasa.

Foto: Berita Harian

Menurut laporan, insiden itu turut menyebabkan kecederaan kepada seorang pemuda namun telah dikejarkan ke hospital dan berjaya diselamatkan.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Fatin Zahra)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rasa tanggungjawab terhadap keselamatan dan nyawa manusia mendorong sukarelawan Orang Asli suku Semai tampil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin,...

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sukan

Pemain beregu campuran utama negara, Toh Ee Wei bertekad untuk kembali lebih kuat selepas disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut kiri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd