Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kelantan Setuju Luluskan RUU Kawalan Hiburan, Kesalahan Boleh Didenda Sehingga RM50,000

Kerajaan Kelantan telah bersetuju bagi meluluskan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan baharu yang dijangka akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi.

Memetik laporan Malaysia Kini, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan telah merancang untuk memperkenalkan RUU baharu bagi menggantikan Enakmen Hiburan 1988.

Foto: Malaysia Kini

Difahamkan, draf peraturan terbaru itu telah dibincangkan dalam pertemuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan yang ke-9 pada 8 Mei dan mendapat pengesahan pada 15 Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada masa yang sama, Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kelantan juga sedang mengkaji dan menggubal peraturan-peraturan di bawah RUU baharu itu,” katanya pada persidangan DUN pada hari ini.

Susulan itu, Fadzli menjelaskan bahawa penggubalan RUU ini bukan sahaja memperkenalkan beberapa kesalahan baru yang bertentangan dengan nilai moral, malah ia juga sebagai langkah untuk meningkatkan prosedur penguatkuasaan berhubung kuasa untuk menjalankan siasatan sekali gus merampas peralatan hiburan termasuk barangan elektronik.

Foto: Kosmo! Online

“Selain itu, kesalahan yang menyokong atau menormalisasikan LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri).
“…memecah belah keharmonian dan perpaduan kaum, menghina agama dan percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batasan dan kawalan.
“Kadar denda bagi kesalahan-kesalahan di dalam RUU ini dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000 untuk memberi pengajaran kepada individu atau perbadanan supaya mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

Mohamed Fadzli menjelaskan, RUU baharu itu sekali gus memantapkan prosedur penguatkuasaan berhubung kuasa untuk menyiasat serta menyita peralatan hiburan termasuk barangan elektronik.

“Pewujudan permohonan lesen, penjualan tiket dan serahan notis secara elektronik dengan mengambil kira medium alam maya iaitu secara elektronik dan peruntukan berkenaan tanggungan kos bagi memindahkan atau menyimpan barangan sitaan yang menjadi hutang kepada Pihak Berkuasa Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan yang boleh dijadikan hasil kepada kerajaan negeri,” ujarnya.

Sumber: Malaysia Kini 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd