Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Kelantan Bukan Sekadar Nama, Ia Adalah Cinta…”- Elrah Taja Red Warrior

Jenama pakaian terkenal, Elrah, mengesahkan akan menjadi penaja kepada pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bagi menghadapi saingan musim hadapan, sekali gus memberi nafas baharu kepada kem bola sepak Kelantan.

Pengumuman kerjasama itu dibuat pengasas Elrah, Muhad Hilmi Che Azman menerusi hantaran di media sosial, yang menzahirkan sokongan terhadap kebangkitan semula skuad berkenaan.

“Kelantan bukan sekadar nama. Ia adalah cinta, maruah dan legasi yang wajib dipertahankan,” katanya.

Sementara itu, pengurusan KRW FC dalam kenyataan memaklumkan, Elrah menunjukkan komitmen tinggi untuk bersama membangunkan semula semangat bola sepak Kelantan menjelang musim 2026/27.

Katanya, penyertaan Elrah sebagai antara penaja awal dilihat mampu memperkukuh persiapan pasukan bagi menghadapi saingan lebih mencabar dalam Liga Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Syarikat yang dimiliki oleh anak Kelantan ini antara penaja terawal akan bersama Perwira Merah bagi menghadapi saingan lebih mencabar Liga Malaysia nanti,” menurut kenyataan itu.

Kehadiran penaja berkenaan dijangka memberi suntikan moral kepada KRW FC, yang menamatkan musim 2025/26 di tangga keempat Liga A1 Semi-Pro.

Untuk rekod, KRW FC turut menjadi antara empat pasukan liga tersebut yang memperoleh Lesen Kebangsaan Luar Biasa, selain sebelum ini mengumumkan pelantikan Irfan Bakti Abu Salim sebagai ketua jurulatih baharu bagi musim 2026/27.

Sumber: FB El Azman

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd