Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kelantan Beri Jaminan Bekalan Air Mencukupi Menjelang Aidiladha

Bekalan air Kelantan mencukupi

Kerajaan Kelantan memaklumkan bahawa bekalan air bersih di negeri itu berada dalam kadar yang mencukupi bagi menampung jumlah perantau dan rakyat yang pulang ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Aidiladha pada Sabtu ini.

Bekalan air Kelantan mencukupi

Bekalan air Kelantan mencukupi

Foto: Malaysiakini

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan memberitahu, kerajaan negeri melalui Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sentiasa cakna berkenaan isu bekalan air bersih dan telah melakukan persediaan rapi bagi memastikan kelancaran urusan rakyatnya pada musim perayaan tersebut.

“AKSB akan mengambil langkah sama seperti yang dilaksanakan pada Aidilfitri lalu dan berharap masalah gangguan bekalan air tidak berlaku.
“Kita jangka jumlah perantau yang pulang ke kampung sempena Aidiladha adalah lebih rendah berbanding Aidilfitri lalu,” kata Mohamed Fadzli di Kota Bharu, pada Rabu.
Bekalan air Kelantan mencukupi

Foto: Astro Awani

Beliau turut menjelaskan perkara itu berlaku kerana sebahagian perantau sudah pulang ke kampung pada musim cuti persekolahan yang lalu dan telah kembali pulang ke ibu kota.

Dalam pada itu, Mohamed Fadzli turut menegaskan bahawa tempoh cuti sempena Aidiladha jauh lebih pendek berbanding Aidilfitri.

Artikel lain: Lebih Dua Juta Kenderaan Dijangka Masuk Kelantan Sempena Hari Raya Korban

Terdahulu, media melaporkan lebih dua juta kenderaan dijangka memasuki negeri itu menjelang sambutan Aidiladha.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, jangkaan tersebut dibuat mengikut tinjauant semasa dan budaya masyarakat negeri ini yang gemar pulang ke kampung sempena cuti perayaan, khususnya Aidiladha.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd