Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Hadir Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Perlis Dapat RM3 Seorang

Kanak-kanak yang menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid di Perlis akan menerima RM3 seorang menerusi Program ‘Rezeki Subuh’, lapor Bernama.

Program ‘Rezeki Subuh’ itu dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bermula 1 Februari ini selama 40 hari.

MAIPs dalam satu kenyataan memaklumkan, program berkenaan bertujuan menggalakkan kanak-kanak di bawah 12 tahun untuk hadir menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

“Pihak MAIPs memperuntukkan sumbangan berjumlah RM334,000 untuk pelaksanaan sumbangan RM3 bagi setiap kanak-kanak yang hadir menunaikan solat subuh berjemaah dalam tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Solat Subuh Perlis
Kenyataan itu turut memaklumkan keputusan untik pelaksaan program itu diperoleh dalam Persidangan MAIPs Bilangan Pertama Bagi Tahun 2024 yang diadakan pada 23 Jan lepas di Bilik Senat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan melancarkan Program ‘Rezeki Subuh’ itu di akhir persidangan itu.

solat subuh Perlis

Sumber: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd