Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kabinet Akan Bincang Garis Panduan Berkaitan Pembabitan Orang Islam Dalam Upacara Agama Lain – PM

Kabinet akan mengadakan perbincangan berkenaan cadangan garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam upacara yang diadakan di rumah ibadat bukan Islam.

Kabinet akan bincangkan garis panduan perayaan upacara agama lain esok

garis panduan

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di Putrajaya hari ini.

“(Cadangan garis panduan khusus) itu kita akan bincang di (mesyuarat) Kabinet esok,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memuktamadkan garis panduan tersebut berhubung pembabitan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan, dan acara di rumah ibadat selain Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, garis panduan itu diperkenalkan bertujuan memastikan pembabitan orang Islam dalam majlis sambutan tidak melibatkan perbuatan yang boleh mencetuskan sensitiviti masyarakat Islam.

Artikel lain: Garis Panduan Umat Islam: MP DAP Mahu Jumpa Menteri Agama

Antara perkara yang termasuk dalam garis panduan itu adalah menyentuh ucapan atau nyanyian berbentuk propaganda, penyebaran risalah dan agama, serta persembahan atau ucapan yang menghina atau mempersendakan pegangan agama Islam.

Namun, cadangan garis panduan ini telah mengundang kritikan daripada beberapa pihak, termasuk DAPSY yang tidak bersetuju dan meminta kerajaan untuk membatalkannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd