Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JPJ Ambil Tindakan, Saman Dua Pemandu Bas Tular Di TikTok

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengambil tindakan tegas terhadap dua pemandu bas yang dikesan memandu secara berbahaya dalam dua insiden berasingan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kedua-dua kes tersebut melibatkan kenderaan pengangkutan awam yang dikesan melakukan kesalahan di Lebuhraya Utara-Selatan selepas kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kulai arah utara, serta di sekitar kawasan Mersing, Johor.

jpj

Foto: Berita Harian

“Siasatan telah dijalankan terhadap kedua-dua pemandu terbabit dan pihak kami mengeluarkan notis saman (Notis JPJ P22) serta mengambil tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya.

Menurutnya dalam satu kejadian, sebuah bas dikesan memandu secara melulu dengan memotong secara berbahaya serta menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya.

JPJ telah mengeluarkan saman mengikut Kaedah 6 dan Kaedah 53 di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Artikel lain: Nahas UPSI: Pemandu Bas Mengaku Tak Bersalah Pandu Secara Berbahaya, Melulu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi kes kedua, pemandu dan pemilik bas yang terlibat dalam kesalahan di sekitar Mersing telah dikenakan Notis Temu Siasat (114) bagi tindakan lanjut.

Datuk Aedy menegaskan bahawa JPJ tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya, terutamanya yang melibatkan kenderaan pengangkutan awam yang membawa risiko kepada keselamatan penumpang.

jpj

Foto: TT @lahabdul88

Beliau turut mengingatkan syarikat-syarikat pengendali bas agar sentiasa memantau etika pemanduan pemandu mereka dan memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang yang ditetapkan.

“JPJ juga ingin merakamkan penghargaan kepada orang awam yang membantu melaporkan kes-kes berkaitan keselamatan jalan raya. Orang ramai digalakkan untuk terus menyalurkan aduan melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau emel ke [email protected] dengan butiran lengkap,” ujarnya.

Sebelum ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan seorang penumpang bas menegur dan memarahi pemandu kerana memandu terlalu laju sehingga menyebabkan penumpang termasuk kanak-kanak ketakutan.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 4 pagi itu melibatkan bas yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mersing.

Advertisement. Scroll to continue reading.
jpj

Foto: TT @lahabdul88

Pemandu terbabit juga dikatakan menggunakan telefon bimbit semasa memandu dengan kelajuan mencecah 90 hingga 110 km/j.

Menurut penumpang yang memuat naik video itu, mereka telah menegur pemandu sebanyak dua kali sebelum kejadian memuncak apabila pemandu tersebut enggan mendengar dan membalas dengan kata-kata kasar.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Aktor Bollywood, Aamir Khan kembali bergelar suami selepas lima tahun menduda apabila sah berkahwin dengan ahli perniagaan dan perunding gaya, Gauri Spratt dalam satu...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menerusi Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) menzahirkan kebimbangan terhadap insiden tikaman membabitkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd