Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jiran Ditahan Polis! Warga Emas 70 Tahun Maut Dikelar, Ditetak

Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai ditetak dalam kejadian di sebuah rumah di Persiaran Pegoh Aman 2, Taman Desa Aman, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, mangsa berusia 70 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 4.45 petang hingga 10 malam iaitu tempoh kali terakhir mangsa dilihat sebelum insiden berkenaan disedari ahli keluarga.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat ditetak pada bahagian badan, kepala dan leher mangsa.
“Seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun yang juga jiran kepada mangsa telah ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
“Suspek pernah dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta pada Februari lepas untuk menjalani rawatan psikiatri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Najib berkata, pihak polis turut menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk proses bedah siasat,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: FB Polis Daerah Ipoh

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd