Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isteri Reda, Jenazah Suami & Dua Anak Selamat Dikebumi Satu Liang Lahad

Jenazah Suami & Dua Anak Selamat Dikebumikan

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada petang tadi.

Jenazah Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, bersama dua anak lelakinya, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Mutiara Sungai Kob, kira-kira jam 5.55 petang.

Jenazah Suami & Dua Anak Selamat Dikebumi

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah disembahyangkan di masjid berkenaan dengan kehadiran lebih 700 jemaah yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Nor Hamiza Halid, 25, reda menerima ketentuan Ilahi meskipun kehilangan suami dan dua anak serentak dalam sekelip mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Nor Hamiza, dia pada awalnya menyangka kemalangan yang menimpa suaminya tidak serius sebelum dimaklumkan keadaan sebenar melalui rakaman video yang tular dalam kalangan rakan-rakan.

“Kira-kira pukul 4 petang dia mesej beritahu nak baiki motosikal. Itu saja. Bila tahu pasal kemalangan, saya ingat tak teruk… lepas kawan hantar video, depa kata tiga orang meninggal, memang terkejut tengok kereta hancur masuk parit,” katanya,

Nor Hamiza turut memaklumkan hasrat arwah suaminya untuk pulang berhari raya bersama keluarga di Besut, Terengganu tahun ini tidak kesampaian, termasuk perancangan mereka sekeluarga mengenakan baju raya hijau sedondon.

Katanya, Allahyarham seorang bapa penyayang yang sangat rapat dengan anak-anak dan sering membawa mereka keluar bersiar-siar.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang Ahad, Perodua Viva yang dinaiki tiga beranak itu bertembung dengan sebuah Proton S70 yang dipercayai hilang kawalan di Jalan Sungai Kob, Kulim sebelum memasuki laluan bertentangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akibat perlanggaran itu, Proton S70 terbabit terbakar, namun pemandunya yang berusia 27 tahun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber: Berita RTM, FB Muhammad Ridzuan Osman DikWan

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di seluruh negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026. Jaminan itu merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd