Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia, Rebah Ketika Tawaf Sunat Kelima

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

Seorang jemaah haji Malaysia, Abdullah Mat, 59, meninggal dunia ketika melakukan tawaf sunat di Masjidil Haram awal pagi Isnin waktu tempatan dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham, yang berasal dari Maktab 89A dan menginap di Abraj al Janadriyah bersama isterinya, rebah ketika pusingan kelima tawaf sebelum azan Subuh dilaungkan.

“Selepas minum air zamzam, arwah minta kami berempat rakam gambar sebagai kenang-kenangan. Ketika melakukan pusingan kelima tawaf sunat, arwah tiba-tiba rebah di depan mata saya,” kata rakan sebilik mangsa, Ashri Mohamed, 52.

Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

Ashri memaklumkan, arwah sempat berpaut padanya sebelum rebah dan dia segera menyambut serta mendakap tubuh rakannya bagi mengelak daripada terjatuh.

Dalam keadaan kelam-kabut, seorang lelaki warga India yang memperkenalkan diri sebagai doktor bertindak memberikan bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Abdullah kemudian dibawa ke unit kecemasan Hospital Jiwar, Jabal Omar, namun disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ashri, Allahyarham merupakan individu yang peramah, ceria dan disenangi rakan sebilik meskipun mereka baru berkenalan sejak di Madinah. Abdullah juga sering menghulurkan sedekah setiap kali berbelanja dan pernah meminta bantuan rakan-rakan untuk membimbingnya memandangkan beliau menghadapi masalah penglihatan.

“Setiap kali kami keluar bersama, arwah akan berjalan di tengah-tengah supaya mudah dipantau. Dia juga selalu sebut beli barang untuk sedekah,” katanya.

Artikel lain: Peniaga Di Turki Puji Jemaah Haji Malaysia – “Badan Tidak Berbau Dan Hormat Orang”

Tambah Ashri, wajah arwah kelihatan tenang sewaktu dimandikan dan tiada perubahan seperti sedang tidur.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan kematian Abdullah dan memaklumkan bahawa pihak Tabung Haji akan menguruskan badal haji serta segala urusan berkaitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini merupakan kes kedua kematian jemaah Malaysia di Tanah Suci musim ini selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jumaat lalu.

Sumber: Sinar Harian (Nur Farhana Abdul Manan)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd