Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia, Jumlah Meningkat Kepada 11 Orang

Jemaah haji meninggal dunia

Seorang lagi jemaah haji wanita dari Malaysia disahkan meninggal dunia di Mekah setelah dipercayai terkena serangan jantung.

Jemaah haji meninggal dunia

Jemaah haji meninggal dunia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan kematian kesebelas itu merupakan, Jamaliah Masron, 68 tahun berasal dari Kota Tinggi, Johor.

Menurut laporan Jabatan Penyiaran Malaysia, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di klinik Kecemasan Bangunan Abraj Janadriyah pada Isnin lalu, 6.05 petang waktu tempatan

“Lembaga Tabung Haji (TH) telah menghubungi waris kepada jemaah serta mengurus sepenuhnya segala keperluan berkaitan pengurusan jenazah dan kebajikan jemaah terlibat,” kata Mohd Na’im baru-baru ini.
Jemaah haji meninggal dunia

Foto: Harian Metro

Sehubungan itu, beliau bersama seluruh barisan pengurusan tertinggi TH menzahirkan ucapan takziah kepada waris serta ahli keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ibadah rukun Islam kelima yang dilakukannya diterima oleh Tuhan.

Artikel lain: Peniaga Martabak Nekad Jual Rumah, Bawa Isteri Tunai Haji

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, penerbangan pertama jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci untuk musim haji 1446 Hijrah/202 pada 29 April 2025, dan penerbangan terakhir dijadualkan pada 1 Jun 2025.

Sumber: Jabatan Penyiaran Malaysia

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd