Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Jangan Guna Istilah Infak Sebagai Strategi Pemasaran Perniagaan – Mufti

Penggunaan istilah ‘infak’ tidak wajar dijadikan sekadar alat pemasaran bagi meningkatkan jualan atau menarik perhatian pelanggan.

Bukan strategi pemasaran

Memetik laporan Harian Metro, Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman menegaskan bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan serta amalan yang boleh mengelirukan masyarakat.

Menurut beliau, apabila sesuatu kutipan dibuat menggunakan istilah ‘infak’, masyarakat lazimnya memahami bahawa wang yang disumbangkan akan disalurkan sepenuhnya kepada tujuan kebajikan yang dinyatakan, selain perlu diurus secara amanah dan telus.

“Apabila seseorang meminta sumbangan menggunakan istilah ‘infak,’ masyarakat akan memahami bahawa wang yang dikumpulkan disalurkan sepenuhnya kepada tujuan kebajikan yang dimaklumkan dan setiap sen diterima perlu diuruskan secara telus serta amanah.
“Sekiranya terdapat kos operasi, keuntungan, upah pengurusan atau manfaat yang diperoleh peniaga, perkara itu hendaklah dijelaskan lebih awal kepada penyumbang bagi mengelakkan salah faham serta memastikan sumbangan diberikan atas dasar reda dan maklumat yang lengkap,” katanya, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan seorang peniaga makanan yang tular di media sosial kerana melakukan siaran langsung sambil mengumpulkan wang daripada orang ramai menggunakan istilah *’infak’* sebelum makanan diagihkan kepada orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk persoalan sama ada konsep infak itu diaplikasikan mengikut landasan syarak yang sebenar.

Mohd Sukki berkata, penggunaan istilah infak bagi transaksi yang hakikatnya merupakan urusan jual beli yang dibungkus dengan bahasa keagamaan adalah bertentangan dengan semangat syariah, walaupun akad tersebut mungkin memenuhi syarat sah dari sudut hukum.

Katanya, keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila istilah ibadah seperti infak, sedekah dan wakaf dijadikan bahan promosi tanpa penjelasan yang mencukupi kerana ia berpotensi menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kebajikan serta budaya memberi.

“Dalam era media sosial, mana-mana pihak yang mengutip dana awam perlu menjelaskan tujuan kutipan dibuat, bagaimana wang digunakan, sama ada terdapat kos pengurusan atau keuntungan yang diambil serta siapa penerima manfaat sebenar.
“Semakin jelas penerangan diberikan, semakin tinggi kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu program kebajikan.
“Sebaliknya, jika maklumat disembunyikan atau disampaikan secara mengelirukan, ia boleh menimbulkan syubhah walaupun niat asalnya baik,” jelasnya.

Artikel lain: Tular Video Pegang Telefon Ketika Solat? Mufti Perjelas ‘Dibenarkan, Asalkan Tak Ganggu Khusyuk’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha menggalakkan masyarakat berinfak perlu dilaksanakan secara jujur, profesional dan telus supaya ibadah tersebut menjadi sumber keberkatan, bukannya mencetuskan polemik.

“Islam tidak pernah menghalang kreativiti dalam menggerakkan kebajikan masyarakat. Bahkan segala usaha yang dapat menghidupkan budaya bersedekah amat dialu-alukan.
“Namun demikian, apabila kutipan dilakukan menggunakan nama agama dan istilah ibadah seperti infak, maka tanggungjawab moral dan syarie menjadi lebih besar.
“Amanah, ketelusan dan kejujuran hendaklah sentiasa dipelihara agar masyarakat terus yakin untuk menyumbang dan budaya infak terus subur dalam kehidupan umat Islam,” tambahnya lagi.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Dunia

Beberapa pengguna media sosial tampil mempertikaikan dakwaan aktivis Rohingya, Noor Azizah mengenai pengalaman hidupnya di Sabah selepas mendakwa mengenali keluarganya ketika menetap di Sandakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd