Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Jalur Gemilang Terbalik Di Restoran Popular, Pengurusan Kata ‘Kesilapan Tak Disengajakan’

Sebuah restoran popular tampil memohon maaf secara terbuka berhubung insiden Jalur Gemilang terbalik di premis mereka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Insiden Jalur Gemilang terbalik lagi

Menurut pihak pengurusan restoran itu, kejadian tersebut berlaku lewat malam pada Ahad lalu apabila seorang kakitangan sedang memasang bendera berkenaan namun akibat kecuaian, ia tidak disedari telah dipasang dalam keadaan terbalik.

Pihak pengurusan restoran berkata, mereka segera mengambil tindakan sebaik sahaja dimaklumkan mengenai perkara itu pada keesokkan harinya, Isnin jam 11 pagi.

“Kami amat kesal dengan insiden ini dan dengan penuh rasa tanggungjawab, kami ingin memohon maaf kepada orang ramai,” tulis pihak pengurusan dalam satu kenyataan pada Selasa.
Jalur Gemilang terbalik

Foto: IG

Jalur Gemilang terbalik tidak disengajakan

Tambah mereka lagi, bendera yang digantung terbalik itu disedari oleh orang awam sebelum tular di media sosial, sekali gus membuatkan pihak restoran segera menurunkan bendera tersebut bagi mengelakkan kekeliruan berpanjangan.

“Kami sentiasa menekankan penghormatan terhadap simbol negara. Setiap tahun ketika Bulan Kebangsaan, kami dengan bangga mengibarkan Jalur Gemilang.
“Kesilapan kali ini tidak disengajakan, namun kami sedar ia menimbulkan kekeliruan dan keresahan awam. Kami benar-benar kesal dengan kesilapan besar ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, restoran berkenaan memberi jaminan akan memperketatkan pemantauan serta prosedur pelaksanaan, selain meningkatkan tahap kepekaan kakitangan agar insiden sama tidak berulang.

“Kami berazam untuk memastikan simbol negara sentiasa dihormati dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Kami dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat serta berjanji untuk terus menjunjung maruah negara,” ujar pihak pengurusan restoran itu.

Semalam, media melaporkan polis membuka kertas siasatan susulan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah premis perniagaan di Bukit Bintang.

Artikel lain: Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Di Klinik, Empat Pekerja Disiasat Polis

Advertisement. Scroll to continue reading.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada  tengah hari Isnin.

Jalur Gemilang terbalik

Foto: Carian Google

“Pemilik premis dan pekerja yang memasang bendera Malaysia terbabit sudah dirakam percakapan dan siasatan masih berjalan, dalam proses untuk dilengkapkan,” kata Nuzulan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Jalur Gemilang terbalik

Foto: Media sosial

Terdahulu, seorang pengguna laman Facebook memuat naik video memaparkan insiden digantung secara terbalik di premis terbabit sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Sumber: Instagram

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd