Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jalur Gemilang Dipasang Terbalik Di Klinik, Empat Pekerja Disiasat Polis

Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) mengesahkan tindakan segera diambil selepas menerima aduan berhubung Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di sebuah klinik pergigian swasta di Pusat Perdagangan Pontian.

JALUR GEMILANG

Foto: Majlis Perbandaran Pontian

Dalam kenyataan di Facebook rasmi, MPPn memaklumkan dua anggota penguat kuasa digerakkan ke lokasi sebaik menerima laporan. Hasil pemeriksaan mendapati bendera Malaysia digantung terbalik pada tingkap tingkat dua premis berkenaan.

Artikel lain: Jalur Gemilang Terbalik Di Kilang: Terlorot Ditiup Angin Jadi Punca – Noor Helmy

Ketika pemeriksaan dijalankan, premis tersebut sudah tamat waktu operasi. Justeru, pihak MPPn bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghubungi pekerja klinik terbabit untuk hadir segera ke lokasi.

JALUR GEMILANG

Foto: FB Majlis Perbandaran Pontian

“Wakil pekerja kemudian datang dan melakukan pembetulan serta-merta, termasuk memperbetulkan kedudukan antara Jalur Gemilang dan bendera Johor dengan pemantauan bersama MPPn dan PDRM,” katanya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan premis tersebut telah melakukan kesalahan di bawah UUK 45, Pengibaran Bendera, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDP) 2019.

JALUR GEMILANG

Foto: FB Majlis Perbandaran Pontian

Susulan itu, tiga wanita dan seorang lelaki yang merupakan pekerja premis dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk siasatan lanjut.

Sumber: Facebook @Majlis Perbandaran Pontian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd