Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JAKIM Nafi Terima Sebarang Dokumen Tentang Nasab Mawla Amin

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) nafi terima sebarang dokumen nasab Mawla Amin yang didakwa mempunyai susur galur dari keturunan Rasulullah S.A.W.

Tiada sebarang dokumen diterima

Menerusi kenyataannya, penafian tersebut dibuat susulan maklumat yang dinyatakan oleh Nur Al Mustafa Malaysia iaitu penganjur program yang mengundang lelaki dari Algeria dikenali sebagai Muhammad Amin al-Idrisi apabila mengatakan sudah  mengemukakan bukti dokumen kepada Jakim.

“Susulan kenyataan dibuat oleh pihak Nur Al Mustafa Malaysia berhubung nasab ‘Mawla Amin’, dengan ini Jakim ingin maklumkan tidak menerima sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan,” ujarnya.

Disahkan bukan warga Maghribi

Terbaru, lelaki yang dikatakan merupakan keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad disahkan bukan warganegara Maghribi.

Memetik laporan dari Berita Harian, pihak berkuasa Malaysia meminta Kementerian Luar Maghribi menjelaskan status sebenar individu berkenaan dan didapati individu itu langsung tiada kaitan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad di negara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian itu menambah, pihak berkuasa agama Maghribi juga sama sekali tidak menyokong aktiviti keagamaan atau ajaran dibawa oleh lelaki warga Perancis-Algeria itu.

Jelas mereka, Mohamed Amin Ouradji  dilahirkan di Algiers, Algeria pada 1984, sebelum berhijrah ke Perancis bersama keluarganya. Ahli dan pengikut memanggilnya dengan gelaran Mawla Mohamed Amin al-Hassani.

Sumber: Facebook JAKIM, Berita Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta...

Sukan

Semangat kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan sikap profesional dan komited untuk meneruskan perlawanan meraih pujian Menteri Besar (MB) Johor. Menerusi perkongsian...

Nasional

Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) dianjurkan bagi mengumpulkan pakar-pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd