Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan bahawa pihaknya atau mana-mana Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) pernah melantik sebuah pertubuhan untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan seperti yang tular di media sosial.
Dokumen bukan yang diiktiraf
Menerusi satu kenyataan, JAKIM memaklumkan semakan yang dijalankan mendapati dokumen berkenaan bukan dokumen rasmi yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahu pun Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri tidak pernah melantik pertubuhan yang dinyatakan ini untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan,” jelasnya.
https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/pfbid0e96dT7RUni1DiLEThGHL1FoTLPpefy3XP5xgyprzd5jsb2tqVwCLqTApqWZguyM2l
JAKIM turut menegaskan bahawa orang ramai tidak seharusnya mempercayai atau menggunakan dokumen tersebut kerana ia tidak mempunyai pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama.
“Semakan mendapati dokumen tersebut bukan merupakan dokumen yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai dan menggunakan dokumen berkenaan,” ujarnya.
Sehubungan itu, JAKIM menggesa masyarakat supaya sentiasa membuat semakan dengan pihak berkuasa agama yang berkaitan sebelum mempercayai sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui kesahihannya.
“JAKIM menggesa orang ramai supaya sentiasa membuat semakan dengan JAKIM atau Majlis /Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebelum mempercayai sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui kesahihannya,”
Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia









































