Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jaga Kualiti Udara, Malaysia Mula Guna Petrol Euro 5 Pada September 2025

Malaysia akan mula guna petrol Euro 5 pada September 2025 dan dijangka akan mencapai spesifikasi penuh pada 2027 sebagai langkah penyelesaian jangka panjang dalam menjaga kualiti udara negara.

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Ahmad berkata pelaksaan ini selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Bahan Api Petrol dan Diesel) 2007.

Malaysia guna petrol Euro 5 pada September 2025

Malaysia Guna Petrol Euro 5

Foto: Sinar Harian

“Justeru, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan bekerjasama rapat dengan industri untuk memastikan peralihan ini berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlsi Perasmian Operasi Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan sempena Hari Ozon Sedunia di Lebuhraya Shah Alam pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata penggunaan Euro 5 juga akan mendorong industri automotif Malaysia untuk meningkatkan teknologi kenderaan termasuk bagi kenderaan komersial dan industri berat.

Artikel lain: Miliki Penggunaan Bahasa Yang Baik, DBP Lantik Tiga Pempengaruh Sebagai Ikon

Jelasnya, kenderaan dengan teknologi pelepasan Euro 5 akan beroperasi dengan lebih efisien dan menghasilkan pelepasan asap yang lebih bersih, sekaligus dapat memberikan kesan positif terhadap kualiti udara di negara ini.

Malaysia Guna Petrol Euro 5

Foto: PaulTan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum ini, negara telah mengambil langkah proaktif menangani isu pencemaran udara dengan memperkenalkan bahan api diesel Euro 5 sejak April 2021 dan seterusnya telah mencapai spesifikasi penuh pada April 2023.
“Diesel Euro 5 ini memenuhi piawaian ketat, termasuk pengurangan kandungan sulfur dan bahan pencemar lain,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Azlim Zainury)

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd