Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jabatan Muzium Malaysia Terima Sumbangan Koleksi Set Tagung Kadazan Berusia Lebih 100 Tahun

Jabatan Muzium Malaysia (JMM) menerima sumbangan Koleksi Set Tagung Kadazan daripada Pertubuhan Kadazan Sabah (KSS) yang terdiri lapan koleksi seperti set tagung, gendang dan satu set kulintangan.

JMM berkata, koleksi set yang berusia lebih 100 tahun itu ialah milik Presiden Pertubuhan Kadazan Sabah, Datuk Seri Marcel Leiking.

“Tagung itu diperbuat di Brunei semasa North Borneo (Sabah) dikuasai oleh Kesultanan Brunei sekitar 1700-an.
“Tagung tersebut dibawa oleh peniaga dari Brunei ke pesisir Pantai North Borneo dan kemudian dibawa ke kawasan pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis penyerahan Koleksi Set Tagung Kadazan itu berlangsung di Ruang Tengah Pameran Raja Kita di JMM, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Untuk makluman, ia bertepatan dengan Kempen Derma Koleksi yang dilancarkan sejak 7 Disember 2021, bertujuan bagi melindungi dan melestari khazanah warisan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Koleksi yang didermakan akan dijaga dan dijalankan pemuliharaan dengan baik oleh pasukan pengurusan koleksi jabatan.

Tambah JMM, sepanjang empat tahun, sebanyak 468 koleksi diterima daripada 31 penderma daripada pelbagai klasifikasi koleksi seperti sampul surat, permainan dan hiburan, mata wang, alat perusahaan, senjata, pakaian dan perhiasan diri.

“Penderma koleksi akan menerima tiga jenis manfaat iaitu sijil dan surat penghargaan sebagai menghargai sumbangan kepada bangsa dan negara.
“Selain itu, nama penderma juga akan terpapar pada kapsyen pameran setiap kali koleksi dipamerkan dan penderma layak untuk inisiatif pengecualian cukai (Akta Cukai Pendapatan dibawah Subseksyen 44 (6A) – Hadiah artifak, manuskrip dan lukisan,” ujarnya.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd