Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Video Raya Terlalu ‘Jelik’, SKMM Selesai Rakam Keterangan Aliff Syukri

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada Rabu susulan kandungan video Hari Raya di media sosial yang mengundang kontreversi baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, usahawan itu telah dirakam percakapan di Ibu Pejabat SKMM yang terletak di Cyberjaya, Selangor.

“Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan yang diterima oleh SKMM berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.
“Setelah kertas siasatan siap, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Dalam pada itu, SKMM menjelaskan bahawa klip video yang telah dimuat naik di platform media sosial itu dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Foto: X @MCMC_RASMI

“Ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588].
“Sekiranya disabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya lagi.

Pegawai penyiasat kemudiannya turut menyita kad sim dipercayai milik pengasas D’herbs Holdings (M) Sdn Bhd serta satu unit telefon bimbit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Aliff sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuat naik sedutan lagu Aidilfitri terbaharu yang bertajuk ‘Love Raya’ di laman Instagram peribadinya sejak Ahad yang memaparkan adegan jelik beberapa penari lelaki.

Walau bagaimanapun, usahawan kosmetik itu telah memadam video berkenaan dan memohon maaf selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial.

Isu ini turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sehingga meminta SKMM agar mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh Aliff itu.

Sumber: X @MCMC_RASMI

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd