Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Isu Tunggakan Gaji Wartawan, Fahmi Fadzil Bertemu Pengurusan Tiga Portal Berita Hari Ini

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bakal bertemu dengan pihak pengurusan tiga portal berita susulan isu tunggakan gaji petugas media pada hari ini.

Memetik laporan Bernama, beliau yang terkilan berhubung isu tersebut berkata akan memantau perkara itu bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong bagi memastikan kebajikan dan hak pekerja termasuk wartawan terbela.

Fahmi Fadzil bertemu tiga pengurusan portal berita

Foto: Berita Harian

“Saya bagi peluang terakhir, saya akan tunggu sampai esok, saya nak dengar apa kata Ketua Editor (portal terlibat) tersebut dan saya akan susuli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PM Akan Umum Projek Rumah Mampu Milik Babit Kos Pelaburan RM13 Bilion

Pada 2 Oktober lalu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) dalam kenyataan memaklumkan bersedia memainkan peranan sebagai perantara dalam isu tunggakan gaji petugas media di portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran.

Presidennya Farah Marshita Abdul Patah berkata ia bagi memastikan hak wartawan yang terlibat dipertahankan dan segala tunggakan gaji dilunaskan dengan segera.

Fahmi Fadzil Bertemu Tiga Portal Berita

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fahmi berkata mana-mana pengamal media yang mengalami kesukaran boleh mendapatkan bantuan menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

“Tabung Kasih@HAWANA bukan hanya pada Hari Wartawan Nasional tetapi ia boleh digunakan pada bila-bila masa untuk membantu wartawan yang menghadapi sebarang kesukaran,” katanya.

Sementara itu, mengenai kelewatan pembayaran kepada perkhidmatan tenaga kreatif (piecemeal) RTM yang tular baru-baru ini, Fahmi berkata perkara itu merupakan isu terpencil dan telah diselesaikan secara dalaman.

Beliau bagaimanapun berkata Kementerian Komunikasi dan RTM akan memastikan nasib kakitangan sambilan atau peacemeal sentiasa terbela.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd