Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Stoking Tertera Kalimah Allah: MPBP Serah Notis Batal Lesen, Tutup Operasi Kilang

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd iaitu sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Sri Gading yang dikaitkan dengan pengedaran stoking tertera kalimah Allah.

Foto: FB MPBP

Menerusi satu kenyataan, MPBP memaklumkan bahawa notis pembatalan lesen dan arahan menutup operasi perniagaan telah diserahkan kepada pengarah urusan syarikat Xin Jian Chang Soh Hui San.

“Sesi penyerahan notis untuk membatalkan lesen perniagaan dan notis menutup operasi perniagaan ke atas Syarikat Xin Jian Chang Sdn.Bhd. telah dilaksanakan oleh MPBP di Aras 14, Menara MPBP, Jalan Rugayah di atas perlanggaran syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan oleh pihak MPBP iaitu stor dan pengedar kasut,” katanya pada Rabu.

Foto: MPBP

Advertisement. Scroll to continue reading.

MPBP juga memaklumkan, sesi penyerahan Notis tersebut disaksikan Yang Dipertua MPBP Ezahar Abu Sairin  bersama Ketua Whip, Timbalan dan Ahli Majlis MPBP.

MPBP turut memberitahu sesi penyerahan itu diwakili Pengarah Urusan Syarikat Xin Jian Chang Soh Hui San yang hadir bersama semasa menerima notis tersebut.
“Tindakan yang diambil oleh pihak MPBP ini adalah selaras di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 13 (2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Batu Pahat) 2016,” ujarnya.

Foto: FB MPBP

Sementara itu, MPBP memaklumkan bahawa tindakan tersebut dilakukan bagi mendukung penuh titah Pemangku Sultan Johor untuk mempertahankan kemuliaan agama Islam di Johor.

MPBP turut menjalankan membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas empat premis perniagaan KK Supermart dan Superstore di Batu Pahat di mana hasil siasatan mendapati tiada sebarang stoking tertera kalimah Allah yang terdapat di dalam premis berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook MPBP

+ posts

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd