Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Skandal Dana Zakat: 3 Ahli Ditahan SPRM, Ikram Malaysia Janji Beri Kerjsama Penuh

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan tiga anggotanya dalam siasatan berkaitan pengurusan dana zakat.

Pandang serius isu berkenaan

Menerusi kenyataan rasmi  di media sosial, Presidennya, Badlishah Sham Baharin menyatakan individu terlibat direhatkan serta-merta daripada semua jawatan bagi memastikan kelancaran serta ketelusan siasatan.

“Ikram memandang serius perkara ini dan menegaskan bahawa integriti serta amanah merupakan asas utama yang sentiasa menjadi keutamaan dalam seluruh gerak kerja organisasi,” katanya.

Walaupun Ikram tidak memperincikan kes yang dirujuk, semalam SPRM dilaporkan menahan tiga individu termasuk seorang pemimpin kanan NGO kerana disyaki menyeleweng dana zakat kira-kira RM230 juta antara 2018 hingga 2024.

Sumber turut mendakwa sejumlah besar dana itu dipindahkan ke akaun syarikat bagi tujuan pelaburan dan kepentingan peribadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, SPRM dilaporkan menyita 18 kenderaan mewah termasuk Porsche dan Mercedes, selain rumah serta hartanah bernilai kira-kira RM11 juta, di samping pelbagai aset lain seperti wang tunai dan jam tangan berjenama.

Sebanyak 33 akaun bank melibatkan kira-kira RM120 juta turut dibekukan bagi membantu siasatan.

Ikram menjelaskan bahawa isu berkenaan melibatkan tindakan individu dan tidak berkait secara langsung dengan organisasi.

Pihaknya juga menegaskan akan mengambil tindakan tatatertib sekiranya individu terlibat didapati bersalah, selaras dengan perlembagaan pertubuhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Segala keputusan dan penjelasan adalah tertakluk kepada hasil siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, Ikram turut menjalankan semakan dalaman bagi memastikan tadbir urus organisasi kekal telus, berintegriti serta mematuhi tuntutan syarak dan undang-undang.

Sumber: Facebook Pertubuhan Ikram Malaysia 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd