Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu ‘Ham’: Lelaki Ugut Harith Iskander Dan Keluarga Didakwa Di Mahkamah

Padah mengugut bunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya berhubung lawak isu ‘ham’, seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, suspek berusia 31 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta.

Lelaki ugut bunuh Harith Iskander dan keluarga didakwa ke mahkamah

Foto: Sinar Harian

“Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memerihalkan bahawa, lelaki terbabit disambung reman sehingga Jumaat bagi melengkapkan siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan tentang polis menahan seorang lelaki yang disyaki membuat ugutan kepada Harith Iskander dan keluarganya.

Harith Iskander

Foto: Carian Google

Tambah Razarudin lagi, pada 23 Januari lalu, lelaki itu ditahan selepas pengurus pelawak terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi jam 7.31 malam.

Difahamkan, pada kejadian pertama, mangsa dihubungi suspek jam 11.21 pagi, pada 21 Januari lalu, ketika berada di hadapan Semua House, Jalan Bunus 6, Masjid India.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Harith Iskander

Foto: Facebook Harith Iskander

Artikel lain: Sandwic Ham: Shahrol Shiro Buat Laporan Polis, Harith Iskander Kini Disiasat

Seterusnya, pada kejadian kedua jam 3 petang pada 23 Januari pula, pengurus yang berada di sebuah restoran nasi lemak di Jalan Bunus 6 menerima mesej gambar peguna anaknya mengandungi mesej berbaur ugutan.

Ekoran ugutan yang diterima, Harith dilaporkan membatalkan persembahan komedi yang sepatutnya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC, yang dijadualkan pada 25 Januari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami yang kehilangan isteri pada tahun 2024 berkongsi rutin hariannya yang tetap setia menziarahi pusara arwah, malah mengakui masih sukar menerima pemergian insan...

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang penunggang p-hailing, Azim Haikal Noor Aziddin dilaporkan maut selepas dirempuh sebuah Proton X70 di Jalan 17/21, Petaling Jaya, Selasa, ketika sedang bekerja mencari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd