Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isteri Sempat Panggil Suami Sebelum Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai

“Masih terngiang-ngiang suara isteri memanggil saya. Dia menjerit ‘abang’ sambil melambai sebelum hilang dari pandangan.” Begitulah luahan hati Abdul Wahid Randa, 32, suami kepada Sakirah Akop, 31, yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Triang, semalam.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari itu cukup tragis apabila kereta Perodua Bezza yang dinaiki Sakirah dan anak perempuan mereka tiba-tiba menggelongsor ke dalam sungai.

Foto: Kosmo!

Ketika itu, kenderaan tersebut diparkir berhampiran sungai, manakala Abdul Wahid berada di tebing sungai untuk memancing.

Dalam detik cemas itu, Sakirah sempat membuka pintu kereta dan menyerahkan anak kepada suaminya sebelum dirinya dihanyutkan oleh arus deras.

“Saya cuba tahan kereta dan bergegas ke arah isteri. Dia sempat tolak pintu dengan kakinya dan hulur anak kepada saya.
Saya bawa anak naik ke tempat selamat dan tinggalkan dia di atas. Tapi bila saya nak turun semula untuk selamatkan isteri, anak ikut saya. Masa tu saya nampak isteri dah mula hanyut,” katanya.

Foto: FB Bera

Tambahnya, dia menjerit meminta pertolongan namun tiada sesiapa berada di kawasan tersebut pada waktu kejadian.

Dalam keadaan panik, dia terus berlari ke pasar berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak lama selepas itu, beberapa penduduk tiba di lokasi namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana arus sungai terlalu deras.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir memaklumkan bahawa kereta mangsa telah berjaya ditemukan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) sekitar jam 10.45 pagi tadi.

Foto: FB Bera

“Kereta itu berjaya dinaikkan pada jam 12.30 tengah hari, namun tiada jasad ditemukan di dalamnya. Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam radius 200 meter dari lokasi kejadian,” ujarnya.

Pasukan penyelamat kini sedang giat meneruskan usaha bagi mengesan mangsa yang dipercayai masih hilang.

Sumber: Kosmo! (Azizah Shafiei)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Dunia

Seorang anggota pasukan pengaman Indonesia yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami...

Lokal

Polis sedang menyiasat satu hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang dimuat naik oleh akaun Facebook ‘Huayan The Pureland...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd