Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isteri Lupa Suami Selepas Koma, Lelaki Pilih ‘Kahwin Semula’ Cipta Memori Baharu

Kisah pasangan suami isteri ini menncuri perhatian dan sangat menyentuh hati apabila si suami sanggup mengadakan semula majlis pernikahan demi menghidupkan kembali memori isterinya yang hilang akibat kemalangan.

Demi cinta untuk isteri

Menerusi perkongsian di TikTok storie.my, wanita berkenaan sebelum ini telah mengalami koma susulan kemalangan dan  kehilangan ingatan sehingga tidak lagi mengenali suami serta anak-anaknya.

Atas dasar cinta, lelaki berkenaan  nekad untuk “kahwin semula” dengan isterinya bagi mencipta kenangan baharu untuk mereka berdua.

“Saya nak kahwin semula dengan isteri saya. 8 tahun dulu dia mengalami kemalangan dan kebanyakkan memori dia telah hilang.
Anak-anak dan diri saya pun dia dah lupa,” 
“Bila isteri saya tak ingat saya, saya sangat risau. Tak boleh digambarkan jika kehilangan orang yang kita sayang,” katanya.
@storie.my

Storie of you #1 – This man married his “second wife” #storiemy #Malaysia #storieofyou #love

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Storie – Storie

Rakam momen bahagia di hari ulang tahun perkahwinan

Susulan daripada itu,  lelaki berkenaan mengambil inisiatif merakam momen bahagia tersebut termasuk turut membuat persiapan rapi, membeli semula cincin yang sama seperti pernikahan pertama serta merancang kejutan istimewa buat isterinya.


“Saya beli cincin yang sama ketika kami bernikah. Disebabkan kemalangan, jarinya juga sudah semakin kurus. Hari ini saya memang nak beri kejutan supaya dia gembira dan saya ingin bangkitkan semula memori dia,” katanya.

Bukti sangat sayangkan isteri

Dalam kejutan berkenaan, lelaki terbabit menyatakan bahawa apa yang dilakukan adalah sebagai bukti bahawa dia sangat menyayangi isterinya dan mengucapkan terima kasih kepada wanita kesayangannya kerana menjadi seorang bidadari syurga untuknya.

“Ini bukti yang saya sayang awak. Terima kasih kerana jadi isteri yang solehah. Sehingga kini, saya nak beri hati saya pada dia. Semua orang akan meninggalkan kita tetapi biarlah kami bersama sehingga ke syurga,” kongsinya.

Dalam masa sama, si isteri turut berkongsi pengalamannya selepas sedar dari koma yang membuatkan dia tidak mengenali suaminya, namun tetap yakin dengan pilihan hatinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya masih pakai pampers macam bayi. Waktu saya sedar dari koma, saya tak kenal dia. Dia jaga saya sebaiknya. Saya tak salah pilih dia sebagai suami saya,” katanya.

Semoga hubungan mereka kekal hingga ke Jannah

Momen tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata terharu melihat video berkenaan apabila menyedari bahawa betapa besarnya cinta antara mereka.

Warganet juga mendoakan rumah tangga pasangan tersebut terus bahagia hingga ke syurga dan mendoakan agar wanita berkenaan diberi kesembuhan agar dapat menikmati hari-hari yang cukup menggembirakan bersama keluarga tersayang.

Dia pilih untuk terus membahagiakan

Sumber: TikTok storie.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Lokal

Kes kemalangan maut di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) yang mengorbankan seorang lelaki warga Bangladesh kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan...

Lokal

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang laungan azan, menghalang pelaksanaan solat Jumaat atau mengarahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd