Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isteri Hamil, Warga Rohingya Persoal Jururawat Di Klinik Kesihatan Tak Beri Ubat

Seorang pengguna aplikasi Threads, @dayahidayahvme mengundang perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berhubung seorang lelaki didakwa warga Rohingya yang mendapatkan rawatan untuk isterinya di sebuah fasiliti klinik kesihatan.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa lelaki itu bertanyakan kepada jururawat mengenai sebab isterinya tidak diberikan ubat walaupun mengalami muntah-muntah ketika hamil.

@dayahidayahvme menulis:

“Rohingya ni tanya jururawat kenapa isteri tak dapat ubat. Jururawat pun cakap, ‘Kenapa tanya saya? Saya bukan doktor’.

Lepas tu dia cakap isteri dia sakit muntah-muntah, kenapa tak bagi ubat. Jururawat tu pun cakap, ‘Mana saya tahu’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengandung memanglah ada muntah-muntah. Lagipun anak keempat ya, bukan anak pertama.

Demand nak ubat percuma. Bagi jelah ubat mandul, senang,” tulisnya.

Hantaran itu kemudiannya tular dan mengundang pelbagai reaksi warganet.

Terdapat seorang netizen mendakwa pernah berdepan situasi di bilik bersalin apabila pesakit etnik itu didahulukan kerana kes kecemasan, sekali gus menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keadaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, seorang lagi warganet mempersoalkan keadaan di klinik kesihatan yang sama yang didakwa sesak dengan kehadiran etnik terbabit, selain meluahkan rasa tidak selesa terhadap situasi tersebut.

Sumber: Threads @dayahidayahvme

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Australia terus diperkukuh menerusi penubuhan Jawatankuasa Perancangan Strategik sebagai langkah awal untuk mempertingkatkan kerjasama pertahanan kedua-dua negara. Perkara itu dipersetujui...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd