Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Israel Serang Sekolah Al-Quran Malaysia, Ramai Dilaporkan Syahid

Sekolah al-Quran Malaysia yang menjadi tempat perlindungan pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal di kem Nuseirat, Gaza telah diserang tentera Israel, baru-baru ini.

Menurut laporan Malaysia Gazette, dilaporkan ramai yang maut dan cedera dalam serangan yang dilakukan oleh askar Zionis malam semalam.

Sekolah al-Quran Malaysia diserang

Artike lain: Tentera Berjaya Musnahkan Enam Kereta Kebal Israel

Difahamkan, sekolah tersebut atau lebih dikenali sebagai  Maahad Tahfiz Malaysia di Gaza telah dibangunkan hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia dan dibuka pada 16 Oktober 2017.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semua tenaga pengajar yang berbakti di sekolah tersebut adalah warga Palestin dan operasi dilaksanakan sepenuhnya Dar Al-Quran Al-Kareem Wa Sunnah.

Bukan itu sahaja, sekolah tersebut mampu menampung sehingga 700 pelajar dengan dilengkapi 23 kelas termasuk makmal komputer, makmal sains, perpustakaan, dewan latihan, pejabat pentadbiran serta surau untuk kemudahan pelajar bersolat.

Sumber: Malaysia Gazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd