Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

ISN Wujudkan Klinik Kesihatan Untuk Atlet Wanita

Perkhidmatan Klinik Kesihatan Wanita telah dibuka pada 4 Oktober lalu sebagai tanda prihatinan berhubung isu-isu kesihatan bagi atlet wanita negara.

Menerusi satu kenyataan media, Institut Sukan Negara (ISN) mengambil inisiatif ini selepas menerima maklum balas daripada sesi townhall bersama atlet wanita Ogos lalu.

“Klinik ini dikendalikan oleh Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pelawat, Dr. Jerilee Azhary yang dilantik ISN daripada Fakulti Perubatan, Universiti Malaya,” tulis ISN semalam.

Selain itu, ISN juga telah melantik seorang doktor wanita secara tetap iaitu Dr. Wan Nadiah Zainab Wan Azman bagi memberikan perkhidmatan perubatan kepada atlet-altet wanita.

“Antara perkhidmatan yang diberikan adalah seperti khidmat perundingan dan konsultasi, pemeriksaan kesihatan wanita, rujukan luar dan sesi pendidikan kesihatan wanita,” ujarnya.

Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga memberi penekanan kepada program dan inisiatif berkaitan wanita dalam sukan seperti dalam Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan.

Artikel lain: Video Lempang Atlet Remaja Perempuan Tular, Jurulatih Bola Tampar Digantung Tugas

Susulan pelan tersebut, KBS melancarkan Kod Sukan Selamat (Safe Sports Code) bagi melindungi komuniti sukan dari sebarang bentuk penderaan, gangguan dan keganasan dalan sukan yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Diharapkan perkhidmatan terbaharu ISN ini dapat dimanfaatkan oleh semua atlet wanita di bawah Program Majlis Sukan Negara (MSN) dalam bersama-sama menangani isu kesihatan wanita dalam sukan.
“Pihak ISN akan sentiasa komited dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya meningkatkan penyerlahan potensi atlet negara untuk prestasi yang cemerlang,” ujarnya.

Inisiatif ini akan mengukuhkan lagi aspek integriti dalam tadbir urus badan sukan dan ekosistem sukan Malaysia secara menyeluruh.

Hal ini kerana, antara kandungan Kod Sukan Selamat ialah aspek keselamatan, kesihatan dan gangguan yang dialami oleh atlet wanita.

Klinik Kesihatan Wanita beroperasi pada setiap Rabu, jam 9 pagi hingga 1.00 tengah hari dan bertempat Pusat Perubatan Sukan Negara, ISN.

+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd