Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Insiden Di Wisma Transit: Jangan Hukum, Bukan Semua Begitu – Khaled

Rakyat Malaysia diminta agar tidak menghukum warga Palestin yang berlindung di negara ini berdasarkan tindakan segelintir daripada mereka yang membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur.

Foto: TheStar

Menurut laporan malaysiakini, kenyataan tersebut dibuat susulan kejadian dimana beberapa pelarian Palestin direkodkan bertindak agresif di pusat perlindungan Kementerian Pertahanan yang mencetuskan kontroversi di media sosial.

Kejadian itu telah mencetuskan pelbagai kritikan di media sosial dengan netizen mempersoalkan keputusan kerajaan membawa masuk rakyat Palestin untuk rawatan perubatan, malah ada yang mendesak agar mereka dihantar pulang ke negara asal walaupun Palestin masih dilanda peperangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa kejadian tersebut hanya melibatkan segelintir individu yang sedang berhadapan dengan tekanan.

“Bukan semua (begitu). Hanya segelintir yang terlalu tertekan,” katanya.

Video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa insiden di berkenaan termasuk seorang wanita yang menjerit dalam bahasa Arab selepas merosakkan harta benda.

Klip video lain yang merakam kejadian di mana wanita dan kanak-kanak meneriakkan “Malaysia No, Malaysia No”.

Pihak polis belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai insiden tersebut, namun Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan bahawa mereka sedang meneliti aduan-aduan yang diterima.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

Terdahulu, Malaysia membawa masuk seramai 127 rakyat Palestin, termasuk 41 pesakit dan 86 ahli keluarga mereka yang tiba di Pangkalan Udara Subang melalui dua pesawat TUDM A-400M dari Kaherah pada 16 Ogos lalu.

Usaha kemanusiaan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa konflik yang berterusan di Palestin.

Sumber: malaysiakini (Hariz Mohd)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd