Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Indonesia Tepis Dakwaan, Nafi Beri AS Akses Tanpa Had Ruang Udara

Kementerian Pertahanan Indonesia menegaskan bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai akses tanpa had ke ruang udara negara itu, sekali gus menolak dakwaan yang tular berhubung draf perjanjian ketenteraan antara kedua-dua negara.

Menurut agensi berita ANTARA, Jakarta menegaskan bahawa ruang udara Indonesia kekal berada di bawah kawalan penuh kerajaan negara itu.

“Kementerian menegaskan bahawa kuasa, kawalan dan pemantauan ke atas ruang udara negara ini terletak sepenuhnya pada pemerintah Indonesia,” kata pegawai Kementerian Pertahanan, Rico Ricardo Sirait dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi menafikan laporan yang mendakwa pesawat AS akan diberikan akses penuh ke ruang udara Indonesia melalui satu draf perjanjian pertahanan.

Rico turut menegaskan bahawa sebarang bentuk kerjasama pertahanan dengan negara luar akan diteliti secara menyeluruh serta perlu memberi manfaat kepada Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perjanjian sedemikian mesti mengutamakan kepentingan negara dan mematuhi undang-undang negara dan antarabangsa yang terpakai,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan Indonesia berhak menolak sebarang perjanjian yang tidak memberi keuntungan serta mengekalkan kawalan penuh terhadap kedaulatan negara.

Dalam masa sama, beliau menggesa orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tersebar di media sosial.

Sementara itu, menurut laporan AFP, Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth mengumumkan pengukuhan hubungan pertahanan dengan Indonesia selepas pertemuan bersama Menteri Pertahanan Indonesia di Pentagon.

“Kami sedang meningkatkan hubungan kepada Perkongsian Kerjasama Pertahanan Utama sebagai pengiktirafan terhadap kekuatan dan potensi hubungan pertahanan dua hala kami,” kata Hegseth dalam kenyataan di platform X.

Perkongsian itu merangkumi pemodenan ketenteraan, pembinaan kapasiti, latihan serta pendidikan ketenteraan profesional, selain kerjasama operasi antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen untuk mengekalkan keamanan serta kestabilan di rantau Indo-Pasifik.

Walaupun Indonesia mengekalkan dasar luar tidak berpihak, negara itu sebelum ini menyertai blok ekonomi BRICS yang turut melibatkan Rusia dan China, selain Presiden Prabowo Subianto mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin bagi membincangkan kerjasama minyak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online, ANTARA

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Sosial

Pengalaman bertahun-tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menghalang seorang pesara tentera, Mohamad Shahirul Shahidan, 43, untuk beralih ke bidang seni solekan pengantin selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd