Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Impian terakhir bapa bawa anak beriadah tercapai, meninggal dunia selepas pulang

Hasrat terakhir seorang pesakit kanser usus, Hisham Reduan, 31, untuk membawa anak-anaknya beriadah di Bangi Wonderland, Kajang akhirnya berjaya ditunaikan hasil bantuan aktivis sosial Chee Heng Kuan atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Menerusi perkongsian di Facebook, Uncle Kentang berkata, Hisham ketika itu berada dalam keadaan lemah dan mudah keletihan, namun tetap bertekad untuk merealisasikan impiannya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Menurut beliau, hasrat itu dimaklumkan oleh seorang doktor yang memberitahu bahawa keinginan terakhir Hisham adalah membawa tiga anaknya ke taman tema berkenaan.

“Kami berbincang dan ambulans kami membawanya ke Bangi Wonderland. Walaupun dia lemah dan cepat penat, kami berjaya sampai ke sana.
“Ini adalah hasrat terakhirnya, untuk membawa anak-anaknya ke Bangi Wonderland,” katanya baru-baru ini.

Uncle Kentang berkata, pihak Bangi Wonderland menerima kehadiran mereka dengan penuh ihsan dan tidak mengenakan sebarang bayaran sepanjang lawatan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan serta kakitangan taman tema itu yang memberikan layanan mesra dan membantu memastikan lawatan berkenaan berjalan lancar.

“Kami dilayan dengan penuh mesra, belas ihsan dan semua kakitangan sangat membantu.
“Terima kasih kepada Mr Steven dan seluruh warga Bangi Wonderland kerana menjadikan perjalanan ini satu kenangan yang tidak akan dilupakan. Kami tidak perlu membayar walau satu sen,” ujarnya.

Bagaimanapun, Uncle Kentang memaklumkan Hisham meninggal dunia dengan tenang selepas pulang daripada lawatan tersebut.

Beliau berkata, pemergian Hisham hadir dengan rasa syukur apabila hasrat terakhir lelaki itu berjaya ditunaikan seperti yang dijanjikan.

“Dia meninggal dunia dengan tenang selepas pulang dari Bangi Wonderland.
“Tugas kami sudah selesai. Janji untuk membawanya ke Bangi Wonderland telah kami tunaikan. Semoga Allah merahmati rohnya dan takziah kepada seluruh ahli keluarganya,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Uncle Kentang berkata, ketika pertemuan terakhir mereka, Hisham sempat memaklumkan bahawa dirinya berasa tenang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia beritahu saya dia tenang ketika bercakap dengan saya.
“Saya hanya mampu melakukan yang terbaik untuknya. Semoga rohnya tenang di sana,” ujarnya.

Sumber: Facebook Chee Heng Kuan

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd