Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Anak Maut Kemalangan, Ibu Tak Sangka Dandan Rambut Jadi Momen Terakhir

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet.

Dandan rambut jadi momen akhir

Menerusi hantaran di TikTok, Amelia berkongsi sebuah video memperlihatkan dirinya sedang mendandan rambut anaknya yang menjadi momen terakhir sebelum mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

ibu Dandan rambut jadi momen akhir

“Tak sangka itu touch-up terakhir mommy buat untuk Bunga.
“Mommy tak dapat mandikan Bunga buat kali terakhir, tak dapat hantar Bunga ke rumah baru tapi mommy dah siapkan Bunga cantik-cantik pagi itu untuk balik ke rumah kita jumpa yayah.
“Terima kasih sayang mommy untuk tiga tahun yang bermakna, mommy yayah sayang awak anak cantik dendut mommy,” kata Amelia di TikTok, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Amelia sempat menceritakan semula keadaan sebelum nahas berlaku dan memberitahu puteri tunggalnya itu sempat berbual bersama ayahnya, Azizi Abd Karim.

“Bunga tidur kat belakang, dah bangun pindah ke pangku sambil vc yayah dia. Tak sampai lima minit dah kemalangan, Bunga dah bahagia di syurga di tempat paling indah,” jelasnya.

Foto: mStar

Untuk rekod, kereta yang dinaiki Amelia bersama Bunga bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, pada 24 Ogos lalu.

Dalam insiden itu, Bunga yang berusia tiga tahun, meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah, Pahang manakala Amelia mengalami patah rusuk dan tangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Chempaka, pemandu yang dipercayai ibu saudaranya bersama seorang lagi individu berusia 18 tahun turut terkorban.

Artikel lain: Elak Bunyi Bising, RXZ Members Tolak Motosikal Bila Lalu Depan Perumahan

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.2 juta tontonan dan menerima lebih 128,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Seroja Sopeah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Nasional

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang sedang disiasat pihak berkuasa tidak melibatkan institusi itu. Ketua...

Lokal

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan tiga anggotanya dalam siasatan berkaitan pengurusan dana...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengambil tindakan segera menghentikan siaran siri animasi Cleopatra in Space yang didakwa mengandungi unsur berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd