Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ibu Tak Beri Izin Punca Kriti Sanon Tolak Aksi Ranjang -“Semua Pelakon Inginkan”

Pelakon jelita, Kriti Sanon mendedahkan dia pernah menolak tawaran sebuah filem arahan pengarah popular,  Karan Johar untuk melakonkan babak yang melibatkan aksi ranjang dalam filem tersebut.

Jelas aktres yang berusia 32 tahun itu, dia memaklumkan tidak mempunyai sebarang masalah untuk memegang watak dalam filem tersebut namun, dia terpaksa menolak gara-gara tidak dapat keizinan daripada ibunya.

“Siapa yang tidak mahu berlakon dalam filem arahan Karan Johar kan? Semua pelakon menginginkannya termasuk saya. Namun saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana ibu tidak membenarkannya,” ujar Kriti.

Bagaimanapun, dia terpaksa akur dengan permintaan ibunya untuk tidak mengambil tawaran tersebut memandang sudah dari awal insan tersayangnya itu memberi nasihat supaya tidak menerima sebarang babak yang melibatkan adegan intim.

Difahamkan,  Kiara Advani adalah selebriti yang diberi tanggungjawab untuk menggantikan tempat Kriti dan secara tidak langsung telah menaikkan nama pelakon itu dalam perfileman Bollywood.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Mohammad Shahemy Azmi)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd