Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ibu Maut Ketika Bersedekah, Dilanggar Anak Sendiri Sewaktu Buat Pusingan U

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika sedang menunggu giliran untuk memberi sedekah di sebuah kuil.

Menurut laporan Mothership Sg, mangsa Pathum Songwannam, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dilanggar van yang dipandu anaknya, Nawi Songwannam, 47, dalam kejadian yang berlaku pada pagi 11 Julai lalu.

ibu

Foto: MGR Online

Difahamkan, keluarga tersebut dalam perjalanan ke wilayah Udon Thani dari Bangkok sempena cuti perayaan. Pada pagi kejadian, mereka merancang untuk mengunjungi kuil bagi menyempurnakan ibadah sedekah.

Disebabkan keadaan kuil yang sesak, Nawi menurunkan ibunya terlebih dahulu di tepi jalan agar wanita itu dapat memulakan amalannya. Dia kemudian membuat pusingan U dan kembali ke lokasi sama untuk menunggu.

Artikel lain:Ibu Maut, Anak Cedera Motosikal Terlanggar Pintu Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun dalam detik yang tidak disangka, kenderaan yang dipandunya secara tiba-tiba meluncur laju dan melanggar ibunya sendiri.

Adik Nawi, Phon, yang turut berada berhampiran terselamat kerana sempat mengelak daripada terkena rempuhan. Van yang dipandu Nawi turut dilaporkan terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

ibu

Foto: MGR Online

Sebaik saja polis tiba di lokasi, Nawi kelihatan terduduk dan menangis hiba. Dalam keadaan pilu, dia sempat meluahkan rasa di hati.

“Saya cuma mahu ibu gembira semasa bercuti, saya tak sangka tangan saya sendiri yang akan meragut nyawanya. Sekarang saya terpaksa membawa pulang jasad ibu, bukan kenangan manis.” katanya dengan sebak.

Polis mengesahkan Nawi kini berdepan pertuduhan memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sumber: Mothership (Ilyda Chua)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd