Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Maut, Anak Cedera Motosikal Terlanggar Pintu Kereta

Seorang wanita maut manakala anak lelakinya cedera ringan selepas motosikal yang mereka naiki dipercayai melanggar pintu sebuah kereta yang dibuka secara tiba-tiba di bahu jalan berdekatan persimpangan lampu isyarat Batu 5, Jalan Ipoh semalam.

Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, mangsa wanita berusia 55 tahun yang juga pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

anak

Foto: Harian Metro

Manakala penunggang motosikal, iaitu anak lelaki mangsa berusia 20 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan di kaki dan tangan.

Artikel lain: Tunggang Motosikal Tumpat-Kulim Untuk Bertemu, Remaja 14 Tahun Diperkosa Teman Lelaki

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, kejadian melibatkan tiga kenderaan itu dilaporkan kepada pihak polis sekitar jam 1.45 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
anak

Foto: Kosmo!

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 12.20 tengah hari semasa penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 20 tahun bersama ibunya yang juga pembonceng dalam perjalanan dari arah Jalan Ipoh menghala Bulatan Kepong.
“Semasa tiba di lokasi, pemandu kereta Toyota Vios iaitu lelaki berusia 35 tahun yang parkir di kiri jalan secara tiba-tiba membuka pintu kereta menyebabkan penunggang tidak sempat mengelak dan terlanggar bahagian pintu kereta berkenaan.
“Akibat pelanggaran itu, penunggang terjatuh ke atas jalan manakala pembonceng terjatuh ke bahagian bawah sebuah lori yang sedang bergerak di lorong kanan,” katanya.
anak

Foto: Malaysia Gazette

Pemandu lori terbabit, seorang lelaki berusia 30 tahun, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd